Tuesday, 6 March 2012

salahkah dia?


Bawak perlahan-lahan sikit ! Takkan bawak motor pon tak reti ? Kau ini menyusahkan orang lah ! Kereta ini beli bukan pakai air liur je ! *Budi bahasa budaya kita .


Tapi inilah kebiasaan yang akan ditelan oleh segelintir pemuda pemudi yang masih tak reti nak tunggang motor atau nak bawak kereta. Tiba-tiba guwa rasa macam guwa pulak yang kene marah masa itu. depan mata guwa, guwa nampak dia kene marah .Apa yang korang rasa kalau korang lak yang kene herdik , marah , maki , atau apa sahaja lah adik-beradik situasi diatas ?  Mesti korang HOT gilaa kan?


Guwa rasa kalau korang cerita kat HOT FM , kompem lah korang akan dapat CERITA ANDA NIE BENGANG GILAA ! Pastu mesti korang akan dapat hadiah sebab sanggup tunggu lama-lama semata-mata nak cerita benda bengang gilaa tu. Pastu Faraa Fauzana pon berminat nak lunch sekali dengan korang. Haaa , thumbs up lah kalau korang percaya kan? Yang korang beria-ia percaya kenapa? Guwa saje nak main-main, tengok-tengok korang percaya pulak. HAHAHAHAH !


Okay, guwa sambung cerita.


Motor, kereta dan lesen sememang nya tak boleh nak dipisahkan. Kalau nak cakap bagai isi dengan kuku pon tak boleh jugak. Sebab tak tahu mana isi mana kuku. Guwa rasa kalau nak panggil macam adik beradik pon tak cukup sesuai sangat laa lagi. Just memang dorang neh akrab gilaa lah. So, kalau nak pandu kereta dan motor, kena laa ambil lesen dahulu.






Begini flashback guwa.


Guwa teringat lah masa guwa ambil lesen kereta dan motor tu. Macam-macam gelagat guwa boleh nampak kat sana.  Guwa ingat semua yang ambil lesen semua anak muda, tapi ada jugak makcik and pakcik yang tak ketinggalan sama-sama memeriahkan driving school tu.


Guwa paling kelakar tengok ada makcik neh. Nama timangan paling glamor dia dekat driving school guwa neh membe-membe guwa gelar dia MAKCIK DIE


Sebab membe guwa bagitahu yang makcik nie dah tua , tak sedar diri ke ‘masa’ dah dekat. Dahtu siap bajet cantik nak tunjuk rambut yang ber’die’ tuu. Korang rase nak sepak tak kalau nampak orang macam ini ?


-adik-beradik mr.bean-



“Hoi ! Kau datang sini nak pergi driving school ke nak pergi taman bunga ?" tegur pakcik JPJ yang bertugas tu kat makcik die. Senyum bangga kau kene puji kan makcik? Tapi sorry to say la , cikgu gwa baru je bagitahu yang pakcik-pakcik JPJ nie semua suda beranak pinak. Takterlayan dia de kat muka 'cantik' awak tu makcik die ! Dan takpayah nak bajet HOT sangat laa makcik kan. #tiba-tiba lak guwa nak jealous apehal? heheheh


*****************


“Sial punya JPJ , kedekut gila. Padahal sikit je aku kene line tu !” bentak makcik die. 


Lepas kau keluar kereta terus kau mara-mara ke makcik dia? Apa celupp makcik? Okayy, biar guwa bagitahu makcik. Takcantik pon makcik ber'die' nie. Lagi manis kalau makcik pakai tudung cantik-cantik, lagi ramai suka kot.






“Aku lulus ! Aku lulus ! Aku lulus !” Haa, tengok nie membe makcik die.


Dia elok pakai tudung cantik-cantik. Kan dia dah berlari sambil keliling pondok menunggu tu macam orang dapat duit RM 1 000 000 00 MONEY DROP yang AC MIZAL tu hoskan jee. Kalau dapat duit tu boleh laa sama-sama kita share, ada faedah nye jugak daripada makcik bawak lari-lari result LULUS ujian JPJ tadi. Buruk bona rupo ehh makcik bak kata orang noghori haa.



“Bodoh lah kau ! Aku tak lulus kau pulak lulus." cerita makcik die kat membe dia yang lulus tadi. Sial gila punya JPJ. Padahal sikit je aku kene line tu !” ayat wajib makcik die meminta simpati pendengar.Lepas makcik die dapat keputusan kandas tadi, dia pon blah sambil mulut terkumat kamit masih menyumpah seranah JPJ.




kalau lah guwa jumpa lagi makcik die tu , guwa nak jee angkat dia bawak pergi jumpa semua pakcik-pakcik JPJ tu mintak maaf balik. Kesian diorang , buat kerja baik-baik tak pasal-pasal kene sumpah seranah pulak.


p/s : Korang tak salah pakcik-pakcik JPJ , yang salah guwa sebab tolong gelakkan bila korang kene maki hamun ! HAHAHAHA , sempat lagi tak rasa nya kalau guwa nak mintak maaf kat pkacik-pakcik JPJ tu ?



if like :


like disini kalau best :)

1 comment:

Anonymous said...

Cerita yang menarik,bila baca ada sikit sama macam cerita sy. I like,kalau boleh cepat cepat cari idea for the next post okay. sy tunggu. :D