Monday, 16 July 2012

peraturan nak update status facebook

Assalamualaikum, lama sudah guwa tidak bersemuka dengan korang semua kan? Maklum lah, kehidupan sejak bergelar MAHASISWA ini semakin hari semakin sibuk. Banyak kerja nak kene siapkan, tambahan pula dengan dateline yangdekat-dekat pula tu.



Kebiasaanya , hari-hari lecturer akan masuk kelas, ayat yang tak akan lekang dari mulut mereka adalah :

“Ambil assignment ini dan hantar selewat-lewatnya minggu hadapan. Kalau lambat jugak, saya potong setengah markah”

Bergelar Mahasiswa yang baru sahaja melangkah ke alam kedewasaan ini, pasti nya ada rungutan yang akan timbul dari mulut-mulut ini. Tapi korang jangan salah tafsir pula, kebiasaanya kaum perempuan yang akan mem’back up’ orang lelaki sebab nya mereka akan pergi membodek lecturer itu menggunakan kelebihan yang ada pada akal mereke mengikut tahap kepandaian membodek masing-masing.

“Sir ! minggu nie kitorg banyak kerja nak kene hantar lah, hantar minggu depan boleh tak sir? Please lah sir, tak kesian ke kat kitorg nie?” kata kawan-kawan perempuan guwa smbil membuat muka secomelnya.

Korang pon sedia maklumlah, sifat lelaki yang baik nie kan di tambah pula dengan muka comel yang dibuat oleh perempuan, siapa tak cair weyh ! Lantas dengan nada bersahaja plus confident yang tinggi  lecturer tu cakap “okay baiklah, saya bagi kamu masa sampai 2 minggu depan tapi hantar sebelum pukul 5 ye. Saya tunggu kamu semua.”




Maka bergembira lah sekalian kaum adam dan hawa yang ada dalam kelas tersebut. Sebab itu lah lelaki ini di gelar ‘gentlemen’ sebab kitorg tak mudah melatah. Take the work and simplify it as good as can. Betul kan apa guwa cakap ni wahai kaum adam? (untung lah aku back up korang, kaum adam). HAHAHA


Tapi pada entry kali ini guwa bukan nak cerita pasal assignment, kaum adam or kaum hawa lebih bagus (ceh ! dah macam tajuk debat pula) ataupun apa gelagat guwa masa dalam kuliah, tapi hari ini guwa nak cerita mengenai Facebook. !

Guwa yakin dan pasti (tetiba terikut pula lagu shila hamzah) semua korang yang membaca ini ada account facebook kan? Ehh korang tak payah nak berdalih lah, guwa pon ade jugak. Bukan nya guwa nak denda korang pon kalau korang ada atau pon tak ada. Haa, kan guwa dah angin nie , siapa suruh taknak mengaku. HEHEHE J

Okay okay, jauh pula guwa terpesong ceritanya. Sampai mana ehh tadi guwa cerita? Haaa, guwa dah ingat, korang semua nie ada facebook kan? Jadi korang like lah page blog guwa at http://www.facebook.com/bloglayarkehidupan . ehh ehh bukan nak promote, saje je nak meramaikan likers.





Bak kata lagu baru tuu, lagu apa ehh tajuknya, guwa lupa lahh. Ade sesiapa tahu? Nanti boleh bagitahu guwa eh? Lagu yang pasal ‘kau update status , ramai yang like. Kau main flirt-flirt chatting-chatting tu laa” . Alaa sorry lah, guwa tak hafal lah lagu tuu. Nanti korang bagitahu guwa eh apa kenama nye lagu tu?


**************


Ramai , err nak kata ramai takde lah. Tapi kebanyakan yang ade account facebook ni , dia orang mesti akan post setiap single life dia dekat upadate status tu. Contohnye kan? Emm macam :


“I’m on my way to KL.”

5 minit kemudian, “banyak nye kereta, bila aku nak sampai KL nie?”

Setelah sampai : “yeahh , aku dah selamat sampai ke KL, see you soon ! offline.”


Err apa ehh motif korang post setiap minit tu? Memang lah guwa tahu tak salah, guwa pon tahu Mark Zugeberg tak de pon buat peraturan bila nak update status. Guwa just nak share kat korang yang semua nya ade account facebook ni, apalah salah nya kalau korang update status tu benda yang orang baca boleh  buatkan mereka berfikir sejenak mengenai kehidupan di ‘sana’.

Bak kata pepatah melayu, menyeluk perkasam biar sampai hujung lengan. Jadi, dah alang-alang update status tu, boleh lah tambah pahala sekali kan? Tak ke benar tu? HAHAHA

Guwa bukan nak kata guwa baik, guwa pon manusia, guwa pon nakal juga macam korang semua, tapi takkan sampai malu kot sekali sekala nak update statsu pasal ingat pada Allah? Takde orang nak marah pon, mereka mereka semua lagi suka adalah.

Kalau ada kata-kata yang mengatakan korang nie macam ustaz/ustazah lah, jangan malu jangan segan, mereka sedang mendoakan kebahagiaan anda disana. Sayangkan kehidupan disana kerana kehidupan disini hanya seketika.

Haa lagi satuu, bahasa tu kan melambangkan identity seseorang tu? Jadi kalau korang nak mian facebook ni, jaga lah kata kata tu, sebab nya orang dulu-dulu dah cakap, sebab mulut badan binasa. Korang nak ke kene macam itu? Taknak kan? Haaa, guwa tahu dah. HAHA

So, even kalau berchatting dengan orang yang kita kenal ataupon tak kenal, maka gunalah ayat yang paling manis atau sesopan nye kerana kita yang menaikkan, bahkan kita jugalah yang akan meruntuhkan kecantikan bahasa itu sendiri.

ini sekadar contoh yang guwa nampak :)


Emm, panjang pula guwa berceloteh kali ini, sampai sini sahaja lah entry guwa pada hari ini, selamat membaca dan selamat beramal. (:


5 comments:

Masmira Masri said...

hahahaa...kdg2 derang nih semua VIP kat fb semua nk direport nyer ...bru yg kerap update blom yg update status mcm karang blog hadoiiii

do visit n follow
http://myaleo.blogspot.com/2012/07/selamat-ulang-tahun-tunangku.html

Anonymous said...

waahh bgos2 stylo gileee..

Zahirul Nukman said...

terbaik bro !

kadang-kadang memang terhapdet benda2 camtu. well, bosan tahap gaban. HAHA.

Dan, bila dapat benda baru, excited kot nak update itu ini, nak gitau sume orang. ;D

apa-apapun, rasanya FB xsesuai nak pdate status camtu dgn kerap... so, jom hebatkan Twitter pulak ! ;D

mizmarmalade said...

hahaha.. entri anda mmg terbaik dr ladang lah bro.. ngeee! :)

amien mohd isa said...

@masmira : thanks youu.

@zahirul : nanti guwa post pasal twitter pula ye (:

@mizmarmalade : terima kasih daun keladi.