Saturday, 21 July 2012

Lambaian Ramadhan

Ahad bagi tahu Isnin supaya ingatkan Selasa agar SMS Rabu untuk sampaikan kepada Khamis sebab takut Jumaat tak bagitahu bahawa Sabtu sudah PUASA !!

Err , mesej serupa ini lah yang bertalu-talu menerjah inbox guwa ketika kita sedang diambang Ramadhan ini. Bukan tak boleh, tapi selalu nye korang akan terus forward je apa mesej yang korang dapat tu kat membe-membe korang. Cuba lah kalau korang tukar sikit ayat dalam mesej tu, barulah tak bosan guwa baca mesej yang sama je. Nanti cuba aplikasikan eh?




Sebab apa ehh semua orang sibuk nak bagi mesej macam itu? Guwa tak cakap salah pon kan, jangan salah anggap pula. Nanti kang lepas ini mula lah cakap Amien Isa nie sesat lah apa lah. Guwa taknak dengar itu semua taw! Korang buat cerita tipu siap lah korang. HAHAHA :D

Act, Lambaian Ramadhan telah manampakkan dirinya. Maka, akan bersahut-sahutan lah benda-benda lain untuk di lambaikan. Guwa bagi contoh yang paling simple eh :

“Ayang, kita nak beli barang keperluan ni untuk berapa lama punya ni ? “ kata Incik Ayah.

“Kita beli untuk bulan Ramadhan punya. Nanti senang bila Ramadhan takpayah susah-susah pergi bazaar Ramadhan nak beli barang. “ jawab Puan Emak.

Tetapi bila tiba nya bulan Ramadhan :

“Abang, jom pergi bazaar Ramadhan. Sayang malas lah nak masak, letih sebab puasa.”

Maka terpaksa lah Incik Ayah melambaikan tangan nya kepada duit yang telah dilaburkan. Sayang isteri lah kata kan? Siapa tak sayang bini oii. AHHA , korang  jangan dok sayang couple korang bawak pergi bazaar ramadhan pula nanti, puasa woi !



Guwa nak share satu lagu ni, korang paham lah makna disebalik bait-bait ini :

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua 




Last but not least, (dah macam essay BI pula guwa tulis ni) guwa tinggalkan korang dengan sepotong niat. Rugi ouh kalau puasa tapi niat nye tak baca. Tak sah puasa nye kalau tak salah guwa. So, mari baca ramai-ramai :

 “sahaja aku berpuasa esok hari di dalam bulan RAMADHAN,kerana allah taala.AMIN



P/S : setting niat -> upgrade iman -> download sabar -> delete dosa -> preserve nafsu -> search pahala -> follow Al-quran . and welcome Ramadhan . celebrate Ramadhan as possible as you celebrate Syawal . Selamat berpuasa :D



Wednesday, 18 July 2012

peribahasa melayu

peribahasa hari ini, ; DIBERI BETIS NAK PEHA.






Lumrah manusia hari ini, tidak pernah puas dengan apa yang ada.
Tak pernah nak menghargai pengorbanan orang lain. 



Daripada apa yng guwa nampak, ramai antara kita yang tak berterima kasih dengan pengorbanan orang lain. Pengorbanan yang paling penting tapi selalu kita lupakan adalah pengorbanan yang diberikan oleh puan ibu dan incik ayah kepada kita.



Kerana apa ye terjadi nye semua ini? Ini semua kerana masing-masing ada orang tersayang sendiri yang mereka sayang lebih daripada siapa yang perlu mereka sayang. Err korang paham tak? Guwa tahu korang akan baca balik sekali lagi nak paham kan betul-betul kan statement guwa tadi? HAHA :D

 
p/s : betis lelaki tu ade bulu, sebab tu perempuan tu taknak kot , hehe :"D

 

Monday, 16 July 2012

peraturan nak update status facebook

Assalamualaikum, lama sudah guwa tidak bersemuka dengan korang semua kan? Maklum lah, kehidupan sejak bergelar MAHASISWA ini semakin hari semakin sibuk. Banyak kerja nak kene siapkan, tambahan pula dengan dateline yangdekat-dekat pula tu.



Kebiasaanya , hari-hari lecturer akan masuk kelas, ayat yang tak akan lekang dari mulut mereka adalah :

“Ambil assignment ini dan hantar selewat-lewatnya minggu hadapan. Kalau lambat jugak, saya potong setengah markah”

Bergelar Mahasiswa yang baru sahaja melangkah ke alam kedewasaan ini, pasti nya ada rungutan yang akan timbul dari mulut-mulut ini. Tapi korang jangan salah tafsir pula, kebiasaanya kaum perempuan yang akan mem’back up’ orang lelaki sebab nya mereka akan pergi membodek lecturer itu menggunakan kelebihan yang ada pada akal mereke mengikut tahap kepandaian membodek masing-masing.

“Sir ! minggu nie kitorg banyak kerja nak kene hantar lah, hantar minggu depan boleh tak sir? Please lah sir, tak kesian ke kat kitorg nie?” kata kawan-kawan perempuan guwa smbil membuat muka secomelnya.

Korang pon sedia maklumlah, sifat lelaki yang baik nie kan di tambah pula dengan muka comel yang dibuat oleh perempuan, siapa tak cair weyh ! Lantas dengan nada bersahaja plus confident yang tinggi  lecturer tu cakap “okay baiklah, saya bagi kamu masa sampai 2 minggu depan tapi hantar sebelum pukul 5 ye. Saya tunggu kamu semua.”




Maka bergembira lah sekalian kaum adam dan hawa yang ada dalam kelas tersebut. Sebab itu lah lelaki ini di gelar ‘gentlemen’ sebab kitorg tak mudah melatah. Take the work and simplify it as good as can. Betul kan apa guwa cakap ni wahai kaum adam? (untung lah aku back up korang, kaum adam). HAHAHA


Tapi pada entry kali ini guwa bukan nak cerita pasal assignment, kaum adam or kaum hawa lebih bagus (ceh ! dah macam tajuk debat pula) ataupun apa gelagat guwa masa dalam kuliah, tapi hari ini guwa nak cerita mengenai Facebook. !

Guwa yakin dan pasti (tetiba terikut pula lagu shila hamzah) semua korang yang membaca ini ada account facebook kan? Ehh korang tak payah nak berdalih lah, guwa pon ade jugak. Bukan nya guwa nak denda korang pon kalau korang ada atau pon tak ada. Haa, kan guwa dah angin nie , siapa suruh taknak mengaku. HEHEHE J

Okay okay, jauh pula guwa terpesong ceritanya. Sampai mana ehh tadi guwa cerita? Haaa, guwa dah ingat, korang semua nie ada facebook kan? Jadi korang like lah page blog guwa at http://www.facebook.com/bloglayarkehidupan . ehh ehh bukan nak promote, saje je nak meramaikan likers.





Bak kata lagu baru tuu, lagu apa ehh tajuknya, guwa lupa lahh. Ade sesiapa tahu? Nanti boleh bagitahu guwa eh? Lagu yang pasal ‘kau update status , ramai yang like. Kau main flirt-flirt chatting-chatting tu laa” . Alaa sorry lah, guwa tak hafal lah lagu tuu. Nanti korang bagitahu guwa eh apa kenama nye lagu tu?


**************


Ramai , err nak kata ramai takde lah. Tapi kebanyakan yang ade account facebook ni , dia orang mesti akan post setiap single life dia dekat upadate status tu. Contohnye kan? Emm macam :


“I’m on my way to KL.”

5 minit kemudian, “banyak nye kereta, bila aku nak sampai KL nie?”

Setelah sampai : “yeahh , aku dah selamat sampai ke KL, see you soon ! offline.”


Err apa ehh motif korang post setiap minit tu? Memang lah guwa tahu tak salah, guwa pon tahu Mark Zugeberg tak de pon buat peraturan bila nak update status. Guwa just nak share kat korang yang semua nya ade account facebook ni, apalah salah nya kalau korang update status tu benda yang orang baca boleh  buatkan mereka berfikir sejenak mengenai kehidupan di ‘sana’.

Bak kata pepatah melayu, menyeluk perkasam biar sampai hujung lengan. Jadi, dah alang-alang update status tu, boleh lah tambah pahala sekali kan? Tak ke benar tu? HAHAHA

Guwa bukan nak kata guwa baik, guwa pon manusia, guwa pon nakal juga macam korang semua, tapi takkan sampai malu kot sekali sekala nak update statsu pasal ingat pada Allah? Takde orang nak marah pon, mereka mereka semua lagi suka adalah.

Kalau ada kata-kata yang mengatakan korang nie macam ustaz/ustazah lah, jangan malu jangan segan, mereka sedang mendoakan kebahagiaan anda disana. Sayangkan kehidupan disana kerana kehidupan disini hanya seketika.

Haa lagi satuu, bahasa tu kan melambangkan identity seseorang tu? Jadi kalau korang nak mian facebook ni, jaga lah kata kata tu, sebab nya orang dulu-dulu dah cakap, sebab mulut badan binasa. Korang nak ke kene macam itu? Taknak kan? Haaa, guwa tahu dah. HAHA

So, even kalau berchatting dengan orang yang kita kenal ataupon tak kenal, maka gunalah ayat yang paling manis atau sesopan nye kerana kita yang menaikkan, bahkan kita jugalah yang akan meruntuhkan kecantikan bahasa itu sendiri.

ini sekadar contoh yang guwa nampak :)


Emm, panjang pula guwa berceloteh kali ini, sampai sini sahaja lah entry guwa pada hari ini, selamat membaca dan selamat beramal. (:


Tuesday, 3 July 2012

alangkah indahnya jika ini terjadi.


                         




                         



p/s :
There's a story behind a friendship. Each friend we make is a start for each story. Our story had a wonderful beginning. Hope this story we make won't be end. :D



kalau suka jom follow