Monday 26 December 2011

you make, you choose ! it yours :)

Act, sekarang dah ramai anak-anak muda yang baru lahir. So, pasti nya dalam kepala hotak diaorang dah terpikir nak ade jawatan tinggi-tinggi sebab yelah kan? Sekarang nie hidop dah mencabar, bukan macam atok nenek moyang kita tuh. Diaorang pergi sekolah bawak 50 sen pon dah cukup buat belanja.


 duit nie je patot kita bawak pergi sekolah =='


Asal nye guwa dah penah borak dengan atok guwa. Dia dok cerita yang makan mee 20 sen, makan kuih pulak 20 sen dapat 3 and air nye pulak just tambah 10 sen nak minum air sarsi gelas medium je. Hehe


Okay, cuba korang bayangkan apa akan terjadi kalau tanya 10 budak , 9 daripadanya akan menjawab nak jadi doktor. Or , apa-apa job lah yang sama kan?

Itu lah guna nye lumrah alam iaitu semua orang tidak boleh jadi doktor sahaja, semua orang tidak boleh menjadi perdana menteri, and yang paling penting semua orang tak boleh jadi raja. Begitu jugak lah guna nya semua ciptaan Allah. Sungguh indah aturannya sehingga kita pon tak dapat menjangka itu semua.

Sekiranya semua orang menjadi raja, siapa kan yang akan menjadi rakyat nye rite? Siapa pulak nak menjadi dayang nye,menjadi panglima nya betul? Sebab itu lah hanya satu sahaja taja yang akan dilantik di bawah satu negeti, satu sahaja orang yang akan menjadi raja di dalan sesebuah negara dan yang paling pasti nye SATU sahaja RAJA yang menguasai alam semesta ini.


 contoh raja dalam sesebuah negeri


We have to trust it all our life because there are no successfull in out life then in the truth region. Haa, itulah agama sebenar yang menjamin penganut nye masuk ke dalam syurga yang sungguh indah. For your information, dunia niehanya lah tipu daya atau muslihat dan dunia nie adalah bayangan kita di akhirat nanti.



 dunia hanya dalam genggaman tangan kita :)



Haa, nie guwa nak ajar sikit cara membe guwa tuh melawan nafsu nak tengok betis-betis, or pape pandangan yang akan merosakkan kite punya kepala laa kan. Semalam tuh guwa ngan membe pergi makan dekat kedai mamak tepi jalan je. Duit tak cukup, so just saving-saving lahh. Time tuh pulak ade orang cina buat 'kenduri' kahwin and kompen-kompem lah semua dress up gila babi kan?



Selamba je guwa punya membe cakap :


"Nie kalau bidadari aku kat atas tu nampak mesti dia jealous gila kan?"


  siapa makan cili terasa lah pedas nye kan??


Pergh, menjembur gila kot maksud ayt tuh, sungguh mendalam kata-kata dia. Rasa-rasa korang akan cakap apa pulak kat membe-membe korang untuk buat dia paham? just send it to mee ya? HEHEHE :)




kalau suka boleh klik sini :)

Saturday 10 December 2011

makna di sebalik kejadian pelik yang berlaku

Selamat bersua kembali, dan salam satu Malaysia serta salam cuti akhir tahun. Wahh, sejak bila pulak guwa punya intro ini TER-skema macam nie kan?  ==’


So, whats up with your ending 2011 holiday? Pasti nya semua meletup sana sini tangkap gambar and then upload dekat facebook sebab nak tunggu member-member komen kan? Alaa, benda biasa laa tu, tapi korang tak boring ke asyik buat benda yang sama je tiap kali log in kat Facebook tu? Lain laa macam Najwa Latif, dia bleh jumpa cinta muka buku dia. Korang ada ke? Hehe.


*****************


Emm, korang pernah dengar tak phrase ‘FACEBOOK DAH BORING, TWITTER PULAK JUST A TREND’ ? Kalau rase-rase belum dengar, cuba korang log in kat facebook and twitter, pastu korang dapat tak rase ape phrase yang guwa cakap tadi? Tapi kalau tak rase jugak, lantak korang lah, HAHA!!




Guwa nak tanya pasal kind of boring question such : Kau tengah buat apa? , Kau sihat tak? , Hari ini tak hangout ke? . Korang mesti letih kan nak jawab pasal this kind of ‘boring’ question? Kalau dah nama nya tengah online , tanya lagi tengah buat apa. Kalau korang tanya kat guwa, guwa akan jawab guwa tengah adun tepung nak buat roti canai pagi esok. Kalau rasa-rasa diri tu tak terasa macam kena sindir tak tahu lah nak cakap korang nie jenis apa punya keluaran manusia.


Cuba lah korang praktik kan tanya macam ini pulak time korang online tu : Amacam iman hari ini? Ada baik tak dari semalam? , macam mana solat semalam? Hatrik lagi ke? *hatrik = tinggal solat tiga waktu berturut-turut. Haa, kan ada jugak faedah nya. Tapi tak tahu la kalau member korang balas : Kau demam ke hari ini , or ehh kau tak payah nak bajet baik laa. Haha , sendiri mahu tanya iman masing-masing laa kan?


*************


Nak bercakap bab iman ini, nowdays banyak sangat perkara pelik yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Okay, korang nak contoh kan? Haa, contoh nya :



1.       Pasal sejadah duduk tahiyat akhir dalam sebuah masjid ini. Punya laa heboh pasal ini sampai siap ambil gambar buat kenangan. Tapi , its better kalau korang fikir sebab di sebalik kejadian ini. Sesuai tak kalau guwa cakap yang sejadah tu duduk tahiyat akhir sebab orang dah tak ramai nak duduk tahiyat akhir kat atas sejadah sekarang ini?




2.       Ayat suci Al-Quran keluar dari kulit seorang bayi. And setiap hari ayat itu akan bertukar ke ayat lain. Korang tak rasa ke yang ayat itu keluar kat kulit bayi sebab dah tak ramai orang yang bukak balik quran nak baca time waktu lapang? Haa, sama lah macam lirik lagu yang serita nya tengah meletup sekarang ini iaitu Ombak Rindu. Dalam lirik lagu dia ada ‘TUHAN, KU TAHU BANYAK DOSA KU HANYA INGAT KAMU KALA DUKA KU’.



Dalam lirik lagu pon suruh kita ingat pada Pencipta kita yang Maha Esa.  Inikan pulak kita yang dah berbelas and berpuluh tahun beragama islam. Lebih baik kita cari teman yang boleh bantu kita waktu susah daripada teman yang hanya peneman waktu kita bersuka ria.


p/s : kepada yang mengambil peperiksaan besar seperti  PMR , SPM , STPM and so on,  jom lah kita lebihkan munajat daripada kita lebih berhajat. ~_*.




 Kalau nak follow jugak, tekan bawah ini.

Tuesday 8 November 2011

English itu senang dalam SPM.


Guwa ingat lagi time dah nak dekat SPM nie, Kaunselor sekolah dah ready awal-awal lagi program untuk kita orang semua. Dia selalu laa pesan jangan lupa isi borang kemasukan ke kolej matrikulasi. Time tu rancak laa beliau ceramah kesan-kesan bila lambat isi borang tersebut. Antaranye ialah gagal mendapat tempat dalam universiti, gagal mengikuti coures yang diminati, dan seterusnye mengundang kegagalan dalam hidup.


Begitu laa lebih kurang nye kerjaya seorang guru kaunselor sekolah guwa. Kalau nak harap budak-budak datang  bilik beliau mengadu ada masalah cinta dengan makwe, jangan harap laa. Dah sah-sah semuanye kat situ jantan-jantan belaka dan nasib baik laa golongan gay tak muncul kat sekolah guwa. Kalau tak parah guwa setiap malam tidur tak selesa punye lah. 


Kalau ade makwe nak usha kat sekolah guwa tu, ade lah anak-anak makcik dewan selera tu, ade lah dalam dua belas tahun guwa rase. Cutting tak berapa nak baik, muka kosong macam takde pengisian rohani, mulut pulak nak senyum pon kene mintak dulu. Pendek kata, nak buat makwe pon tak sampai hati.



******************


Belajar kat sekolah menengah nie tak sama macam belajar dekat sekolah harian. Kat sini, kita orang memang dimanjakan sepenuhnye. Hampir setiap hari cikgu-cikgu balik lambat stay back in case ade pelajar tak paham soalan, boleh terus naik bilik guru tanye.


Time tu Bahasa Inggeris guwa barai tahap Ya Rabbi.. Jadi, guwa nak bergandingan dengan cikgu BI pon guwa segan. Kang dibantai nye dia borak dengan duwa dalam bahasa inggeris, satu hal pulak guwa nak selak kamus sambil berborak. Dan andai kata guwa paham pon apa dia cakap tu, belum tentu lagi guwa boleh balas dalam struktur yang bagus. Kang dibuat nye tersasul keluar pulak ayat seperti "Teacher, you has been looking little beautiful today. not like yesterday. what your secret?" . Ah , bikan boleh percaya sangat lidah melayu guwa nie.


Pernah sekali tu guwa bace majalah BI, satu hapah pon tak paham. Tapi guwa suka tengok-tengok gambar dalam majalah tu, so bila sampai part ynag kelakar, guwa pon ketawa,  guwa sebut "ahaks!". Bila part lain pulak, guwa sebut "wow, nice story!". And part bila terkejut pulak, guwa sebut "Oh my Allah". Bukan "Oh my god!" Jadi kengkawan guwa yang perhatikan guwa timbul rase respect la, dia orang nak tegur guwa pon tak berani. Takot-takot nanti guwa balas dalam bahasa inggeris pulak.


**************


Sampai laa mase tu result trial dah keluar. Incik ayah dan puan emak datang ke sekolah nak ambil result guwa. Lepas ambil keputusan guwa tu, incik ayah mengeluh panjang. Dengan perasaan caring nye, puan emak pon bertanye laa kat incik ayah.

"Kenapa abang?"

Slip trial pon di hulur ke tangan puan emak sambil incik ayah cakap

"nah, awak tengok lah sendiri."




Guwa hanya diam membatu menanti kan respon dari puan emak pulak. Dalam hati tertanye-tanye "ape laa salah aku nie, Bi aku fail ke?? Kompem laa emak mara gila kalau result Bi aku teruk"

Persoalan guwa terjawab apabila puan emak bertanya kepada guwa,

"macam mane lak Bi boleh tinggi dari Bm nie?!"

Puan emak ketawa berdekah dekah diikuti senyuman sinis dari incik ayah. Dan guwa sungguh paham akan senyuman itu. 'senyumam menyindir makan' nama dia.

"Apo laa ekau nie, bahaso yang ekau cakap haghi haghi kek ghumah tu pon tak buleh score ko? Buek malu laa ekau nie.. Keh.. Keh,... Kehhh...

Incik ayah meriah ketawakan guwa petang tu.

"Entah, macam tak percaya pulak. Bahasa inggeris pulak kau bolah dapat A, meniru ke?! Hakhak!"

Sahut puan emak tak nak kalah.

"Cubo torai speaking sikit, ayah nak dongha"

Cilaka. 

Guwa terus jadi moral down dan terus bertanya: 

"Nie nak sain ke tak nak nie??!" sambil menunjukkan di ruang tandatangan ibubapa.



SUKA? Klik disini.



Like kalau anda suka.

Saturday 15 October 2011

biar sampai syurga..


Kita ingat lagi..
Hari pertama kita berkanalan..
Awak malu malu nak perkenalkan diri kat saya..
Tapi saya buat selamber je,
Sebab saya suka tengok senyuman manis awak.



Lama lama baru awak nak bagi tahu,
Bila saya tanya kat awak.
"Siapa nama awak?"
Awak bagitahu jugak nama awak.
Dan saya rasa dah mula serasi dengan awak.



Masa tu saya rindu kat awak.
Saya pon mintak gambar awak,
Awak malu nak bagi.
Awak cakap awak tak cantik sangat,
Walaupun saya dah cuba buktikan,
Yang muka awak ada iras Heliza Helmi.



Sejak hari tu kita jadi rapat,
Awak selalu bagi saya semangat,
Sebab awak ada senyuman yang manis.
Awak pandai Add Math,
Tapi saya tak pandai sangat =='
Awak cakap saya banyak buat careless mistake,
Nak buat macam mana.
Saya tak hebat sangat kira kira nie. :(



Hari nie result SPM keluar,
Berdebar-debar nye hati saya,
Dari jauh saya nampak awak monyok,
Walaupun saya dapat 10A+,
Saya tak jadi nak gembira.
Sebab awak tak jumpa saya pon lepas tu.



Bila saya sampai rumah,
saya nampak fon saya ada mesej dari awak.
Awak cakap awak malu dengan saya,
Sebab awak lagi rendah dari saya.
Saya nak bagitahu yang ini rezeki dari ALLAH.
Tapi awak dah off phone.




Malam tu saya nak berangkat ke UK,
Dan saya mintak maaf .
sebab tak dapat bawak awak buat NURSING kat oversea,



Saya ada tanya kat awak,
"Betul ke awak takde hati kat saya?"
Awak terdiam dan cepat cepat ubah topik.
Tapi awak taktahu yang saya sedih.
Sebab awak tak jawab soalan saya :(








Sedar tak sedar dah lima tahun saya kat oversea,
Mak saya dah bagi lesen nak kahwin,
Saya tanya "Kalau jauh takpe ke mak?"
Mak saya cakap dia tak kisah.


Saya pon hantar la rombongan meminang ke rumah awak,
Saya harap awak masih ingat kat saya lagi
Dan hati saya gembira bila awak mengganguk setuju.
 nampak laa pipi awak yang merah-kemerahan.
menahan rindu pada saya.
Dan kita pon bahagia sampai sekarang :)



p/s :
Someday someone might come into your life and love you the way you've always wanted.
If your someday was yesterday, laern. If your someday is tomorrow, hope. If your someday is today, cherish..



LIKE? LETS FOLLOW ME :)

Saturday 24 September 2011

eh,pesaing facebook lahh!!

Hehhh,adat laa kan?? Kalau kite buad pape pon mesti ade pesaing jugak laa.bru laa boleh advance ckit.nti,dah ade pesaing bru dpt compare mane yg best and mane yang terbaek kan?


Tapi kan guwa rase dah tak terhitung
pendapatan tokey FACEBOOK
kan ? Mau kasi pecah la sedikit pendapatan dye tu dngn ade nye prsaingan ney..
kalau tak ade prsaingan nanti , ada yang suka suka
tekak je naikkan harga cam..
cam .. cam sapa eh ? Hehehe...
Ok ok.. jom baca artikal ni ..





''WASHINGTON: Enjin pencarian
internet terkenal dunia, Google
melancarkan laman sosial
terbaru bagi menyaingi Facebook
yang dipanggil Google+.''

Tak bpe nak sedap pulak kan name tu,hee.tak pe tak pe.sambung bce lagi.

"Perkongsian secaradalam talian
sedang berada dalam keadaan
serba salah. Malah sudah pecah
dan kami ingin memperbaikinya,"
kataNaib Presiden Kanan
Kejuruteraan Google, Vic
Gundotra dalam blog mengenai
inisiatif laman sosial yang dinanti
nantikan syarikat berkenaan.


Korang nak tw tak ape keistimewaan bnda trbru yg goole nak buad ney?haa,keistimewaannye guwa petik dr kata Gundotra ,
keupayaannya ialah
membolehkan pengguna
membezakan kawan secara
dalam talian dan keluarga dalam
"bulatan" berbeza atau
rangkaian dan berkongsi
maklumat hanya dengan ahli
dalam bulatan berkenaan.
Salah satu kritikan terhadap
Facebook ialah sebarang kemas
kini dikongsi semua kawan
kecuali pengguna membuat
Kumpulan Fecebook berbeza.


Haa,terbaek dr ladang tak ape yang goole nak buad ney?korang rase nak yang mane nti?facebook or google+ .

Jom cite pendapat korang . Mampu
tak kita beralih arah camana
dulu guna MYSPACE pastu ke
FACEBOOK Pulak....

Saturday 17 September 2011

senyum tak perlu kata apa apa

Sudah lama rasa nye guwa tak update blog. Busy sangat kot, kene study week lagi. Exam dah dekat pulak. So, guwa dapat gubah satu lagu nie tok update blog guwa. Pepandailah korang nyanyi sendiri ye. Dipersilakan laa~ :) ;)


senyum tak perlu kata apa apa
itu sudah cukup
buat penyeri rupa
buat penyeri suasana
buat peneguh ikatan
itu bukan susah
cuma guna otot muka
tiada perlu kerah tenaga
senyum tak perlu kata apa apa
jika sudah manis
hati rasa terpikat
ikatan terjalin erat
yang jauh bertambah rapat
yang rapat terus melekat
senyum tak perlu kata apa apa
tiada kesah gigi tiada
tiada kesah jerawat merata
tiada kesah kulit gelap gelita
tiada kesah tua muda
tiada kesah dua janda
tiada kesah apa sahaja
senyumlah dari hati
itu sedekah paling mudah
insyaallah
bahagia kita rasa…

SENYUM ITU SATU SEDEKAH :)

Sunday 4 September 2011

Hari Raya VS Sambutan Medeka

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN + SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN = TAHUN 2011 :)

Meriah giler kott raye tahun nie. India, melayu cine semua raye. Ehh, betul ke ape guwa cakap nie?? Betul laa kot, cube tgok ape mesej yang korang dapat?? Mesti ade hari kemerdekaan sekali kan?? So, tak salah laa kalau guwa nak ucapkan selamat berhari raya kepada semua kaum di Malaysia nie. HEHE

**********

Sambutan hari raya vs Sambutan kemerdekaan?? Mane yang lagi meriah? 

Hmm, kalau tanye guwa, mesti susah nak jawab kot. tapi kalau orang tanye guwa PELAJAR SPM '11 ramai yang bukak buku or ramai yang duduk goyang kaki berFACEBOOK, tu kompem gua taw laa jawapan nye. Acctually, trial spm dah bukak buku, tapu pelajar spm ramai yang tutup buku pulak. Maybe dah terlebih pandai kot. KAH KAH KAH.

Perbah jugak dulu mase kecik kecik guwa terpikir macam mane laa jadi nye kalau dua perayaan disambut serentak kan?? Yang Deepavali + Raya dah sudah. Singkatannye orang just panggil DeepaRaya. Tapi yang pelik nye tahun nie takde pulak gabungan name tuh. Cube korang bagi pendapat kalau Raye + Merdeka. Ape jadi nye ye??

Kalau guwa, guwa akan jawab 'MerRaya'. Ehh, buruk nye bunyi. Kalau 'RayaDeka' sedap lah sikit kann?? HAHAHA..

Okay, ade tak korang dengar lagu raya terbaru?? Sedap gak laa, gabungan raya ngan merdeka nie. Guwa nyanyi sikit ea??? Tu pon kalau korang nak dengar laa. Nie part chorus jee.





"Kekanda di medan perang,, adinda di medan seri... Sama- sama berjuang, sama sama berbakti. Untuk ibu pertiwi".

'
tibe tibe lagu nie macam patriotik gile kan??'

Baru laa ade art value nye.

****************

Okay, kembali ke pangkal cerita. 

Kalau nak ikot lagik akal, merdeka denagn raya same same sambut setahun sekali. Tapi mane yang lagi istimewa?? Cube teka jawapan nye.

Haa, untuk information korang guwa rase raye lagi specel kott. Yelah, ade ke time merdeka korang pegi rumah orang lain , tuan rumah hulur wang kertas?? Maybe ade, kalau korang muke tembok mintak kat tuan rumah cakap:

'Assalamualaikumm, kami datang nak sambut merdeka. Ade duit merdeka tak pak cikk???"

Kan pelik semacam je bunyinnye tu. KAH KAH KAH.

***************





Kalau pesamaan nye pulak ade banyak kot. Mase merdeka, kerajaan bakar mercun , polis tak bising. Mase raye , kitorang nak gak bakar mercun, tapi kenapa polis sibuk dok kejar orang main mercun?? Tak patut, tak patutt kan??

So, kesimpulannye kalau bagi guwa, sambutan 'RayaDeka' tahun nie memang terbaik laa. Kalau korang nak taw gak keputusan pemenag Merdeka VS Raye , korang pikir pikir lah ye sendiri. 

ANDA MAMPU MENGUBAHNYE ;))

Sunday 21 August 2011

Menarik di Bulan Puase ;)

Dua tiga mase mula-mula puase tu guwa ade perasan jugak. Dekat wall Facebook guwa tu penoh dengan gambar ketupat beserta kubah masjid dilengkapi kugak dengan kata kata secangkir sirih menyambut ramadhan. Satu gambar tu, bebudak nie tag sampai dua puluh lima orang, skali guwa takan je HOME kat facebook tu, berlambak status yang sama. Naik semak pulak mata guwa tengok nye. HEHE


Tapi tak ape lah, sekali setahun je kan? Ape ade hal sangat kan??

Tapi, ade lagi hebat taw. Ade ke patot diorang tag guwa kat gambar "kain songket mak siti" , "tudung ekin terbaru" , "shawl corak-corak" dan tak kurang jugak kat "kerongsang mak ngah" . Cinabeng! Pandai betul pompuan buat duit kan ?

All right!! Takpe lah, sekarang jom kita sembang pasal puase okay??

 **************************

Nie guwa nak cerita mase kecik kecik dulu dalam umo lima enam tahun mak bapak guwa dah ajar guwa berpuasa. Mak guwa selalu cerita yang dalam bulan puasa nie semua syaitan kene 'hambat' then kene campak masuk dalam air.




"Padan laa ngan muka syaitan tu kan mak?? Tapi kenapa syaitan tu tak mati pon mak??" tanye guwa pada mak yang tercinta.

Mak guwa pon tergelak besar laa dengar pertanyaam guwa macam tu. Then mak guwa explain laa cerita sebenar nye. Baru laa guwa paham, maklum laa. Mase tu kecik lagi kan?? Ntah ntah korang mase umur tu tak puase pon lagi kot. Selambe je isap botol depan orang lain kot. HAHA




***********************

Same laa dari kecik kecik dulu, mesti muka pakcik nie yang kuar televisyen. Pelik jugak guwa, guwa dah besar panjang macam nie pon takkan laa takde orang lain nak bagi pengumuman kot.



"mesti gila kuasa kot pak cik nie" hehe, gelak hati guwa macam setan.

Ade sekali tu, guwa tanye laa kat bapak guwa, macam mane pakcik nie bolah taw esok puase??

"Diorang pegi teropong anak bulan laa., kalau nampak anak bulan maknanye esok puase laa" jawab bapak guwa.

Makna nya yang selalu kita nampak kat langit tu ape?? Bapak bulan?? Mak bulan?? Time tu kat dalam kepala otak nie dah terpikir, mungkin bulan pon ade salah silah keluarga macam manusia jugak. Ada bapak bulan kawen dengan mak bulan, pastu dapat laa anak bulan...





Jadi, bila dengar perkataan 'anak bulan' , mesti laa dia yang paling kecik kan?? Ye kan?? Sebab dia masih anak lagi :) HEHE

*****************

Selalu nye mak bapak guwa akan bagi 'reward' laa kat guwa ngan adik beradik guwa (mase kecik kecik dulu laa). Dia cakap, sehari puase ayah bagi upah lima kupang. Makna nye masa raya nanti guwa dah boleh dapat lima belas ringgit !! HOREYYYY.

Banyak jugak kan?? Tapi takde mak bapak kat dunia nie yang bodoh. Mak bapak guwa pon tetapkan syarat , "kalau sehari tak cukup puase, upah sebulan ditarik balikk"

ARGHHHH, susah laa macam nie. sampai ade sekali tu tersasul pulak guwa baca niat puase.

" SAHAJA AKU BERPUASA ESOK HARI DALAM BULAN RAMADHAN KERANA AYAH ."

Nak duit nye pasal, sampai tersasul pulak niat guwa kan?? HEHE,




Tapi bila dah cukup satu bulan puasa pulak, pagiaccount  raye tu salam salam and nak tuntut sekali duit tu, mase tu laa ayah guwa akan bagi jawapan simple nye.

"Duit ayah dah masuk dalam bank adik"

Cehh !! PAdahal umur lima enam tahun mana boleh bukak account lagi. Politik!!

Betul kan??? THEEEE ^-^

***********

Ehh, bersambung laa. Ade keje skit.
p/s: sesiapa yang belum 'FOLLOW BLOG' nie lagi, baik pagi follow cepat! Keh keh keh...




Saturday 13 August 2011

dalam Surat Cinta ade Message Cinta


Assalamualaikum.

Kehadapan future adinda yang dikasihi. Hari ni memang saya tak ada kerja dan tiba-tiba je terlintas dalam fikiran saya untuk tuliskan surat untuk awak. Jangan awak terkejut ketika membaca surat ini, sememangnya surat ini saya tulis khas untuk awak. Saya tahu, awak tak mengenali saya. Begitu juga saya disini.Saling tak mengenali sebelum kahwin lagi sweet kan.? Saya tahu saya sweet.


Future adinda,


Saya menulis ini bukan sebab apa, tapi sebagai persediaan awal untuk awak berjumpa dengan saya. Awak jangan risau. Ketika awak berjumpa saya nanti pasti awak akan rasa teruja sebab ramai kata muka saya macam botak juvana. Meski pun saya ada rambut. Yes saya ada rambut. Setakat ni lah. Tak tahu pula apa akan terjadi pada masa akan datang.

Ehem.

Harap awak tak memilih. Bukan apa. Memilih sangat nak buat apa.? Handsome handsome, nanti kena kebas awek lain yang lagi solid dari awak. Awak nak.? Tak nak, kan.? Saya tahu. Orang botak tu setia. Sebab tu saya tak botak. Eh tak tak. Meski pun saya tak botak, saya setia tau. Awak jangan percaya diorang yang cakap saya ni gatal. Diorang tu semua dengki tu. Maklumlah, sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan saya.



Girls with their scarf are originally beautiful

Wahai future adinda, saya harap awak tak meluat kalau saya belikan awak banyak tudung. Labuh. Wait wait. Bukan saya nak paksa awak pakai tudung labuh. Tapi kat mata saya, perempuan tudung labuh ni sweet lah. Macam treasure yang belum di discover. Priceless lah kata kan.



Bila saya puji perempuan tudung labuh tu cantik, saya bukan cakap awak tak cantik. Awak cantik. Ok apa. Saya tahu perempuan suka pakai tudung segera. Suka pakai shawl. Ok apa. Bertudung jugak. Tapikan, saya tak nak lah orang lain tengok awak dengan pandangan berahi. Bukan apa. Even shawl pun, memang lah nampak ianya melabuh sampai ke bawah dada. The thing is. Depan je labuh. Kat belakang tu tergantung, sayang.



Awak mana faham lelaki ni macamana. Ni biar saya bagitahu awak. Lelaki bila dapat tengok part badan perempuan kat mana mana pun boleh terliur, tahu.? Nak nak kat belakang badan perempuan area pinggang sampai leher tu. Bila perempuan pakai shawl, komform komform nampak area tu. Kadang kadang saya tengok ada yang pakai shawl sampai nampak leher pun ada. Kalau tang tudung segera tu tak payah cakaplah. Memang sah sah pendek.


Tak tahu lah saya, kalau orang yang pakai shawl sampai nampak leher tu saja nak menunjuk or apa. Maklumlah, perempuan kan suka pujian, kan.? Lagi pendek shawl, makin orang puji comel, kan.? Saya tahu, ramai perempuan lagi pentingkan pujian dari tuntutan Allah. Eh saya tak cakap awak tau. Saya cakap yang antara kaum awak je. Awak baik. Tudung awak selalu tutup depan dan belakang. Kan.? Saya tahu awak mana main tudung pendek pendek ni.
 

Future adinda tersayang,


Wahai future adinda, saya nak awak tahu. Saya ni tak minat jadah korea. Bukan nya tak minat, maksud saya saya terus ban. Tak.. tak.. ehem. Saya still boleh lepak dengan diorang (girls mostly) yang minat korea. Cuma kalau boleh, lepas kahwin nanti, saya taknak lah awak pasang lagu korea or letak gambar artis korea banyak banyak dalam rumah.



Bukan apa. Saya tengok, ramai gila perempuan finatik artis korea. Sampai facebook pun gambar artis korea. Ada apa sangat dengan lelaki korea.? Muka jambu.? Eh. Lelaki Malaysia pun muka jambu apa. Diorang romantik.? Eh. Lelaki Malaysia pun romantik jugak lah. Cuma kaum perempuan je tak perasan. Bila dah dapat lelaki Malaysia yang romantik, dikatanya, "Eww. Mat bunga. Eww. (again)".



Saya tahu awak tak minat mamat ni

Eh. Awak tak. Awak mana ada letak mana mana muka artis korea kat dalam lappy. Apatah lagi kat bilik. Setakat ni facebook pun, awak tak ada kan.? Saya tahu. Orang macam awak mana suka bersosial. Bagus. Saya suka. Barulah priceless. Bila tak ada facebook, mesti tak ramai lelaki nak mengurat awak, kan.? Saya tahu awak tak pandai It. Saya suka part yang tu. *smiley face*



Awak, kalau boleh, saya harap awak tak kisah kalau saya totally tak ingat birthday awak. Saya pernah dengar perbualan dua perempuan yang cakap lelaki akan ingat birthday perempuan yang dia suka. maksudnya, bila jadi first wisher bermaksud lelaki tu sayang perempuan tu.? Habis tu, benda lain yang dibuat tu, tak ada makna lah, ya.? Kalau macam tu, sia-sia lah saya belikan handyplass masa jari awak terkena paper cut. *sad face*


 
Setakat ni, saya belum pernah saya lupa birthday saya. So, tak mustahil untuk saya ingat birthday awak juga. Oh ya. Cakap pasal birthday ni, kaum awak mesti selalu tertanya tanya nak belikan bf dia hadiah apa, kan.? Awak jangan risau. Saya tak cerewet. Awak belikan je saya kain pelekat. Tak pun kopiah. (Teringin nak orang hadiahkan kopiah sebenarnya). Saya tak cerewet, kan.?



Pasal tak pandai masak awak jangan risau

Saya tak nak sentuh bab awak tak pandai masak. Sebab saya tahu, mesti awak nak mempertikaikan pasal kalau sayang, tak kisah pandai masak or tak. Kan boleh makan kat luar. Saya tahu awak akan cakap macam tu. Kalau macam tu baik saya kahwin dengan tukang masak kat luar tu. Ye tak.? Tak pun susah susah sangat tak nak makan luar, baik saya upah bibik comel dari korea. Ok kan.? Teman berbual pun awak ada. Baik kan, saya. Awak pun boleh duduk relax goyang kaki kat rumah.



Satu lagi yang saya mintak. Please please please and please jangan tanya banyak kali saya sayang awak or tak. Awak pun tahu jawapannya. And please jangan suruh saya sayang awak seorang sahaja. And jangan larang saya panggil perempuan lain dengan perkataan 'sayang'. Saya tak boleh janjikan semua tu. Sebab saya still akan sayang kat perempuan lain. Still akan panggil perempuan lain sayang. And perempuan tu adalah insan yang akan panggil awak ummi.


Future adinda yang comel,


Kat sini saya bukan nak kongkong awak or apa. Buat tu salah buat ni salah. Saya Cuma bagi tahu persediaan awal je. Jangan lah awak merasa bengang ketika membaca warkah ini. Niat awak nak baca je warkah ni dah kira saya sayang awak. Yes. Saya ambil berat pasal awak.



So, tak ada lah awak tak pandai masak, merajuk kalau saya lupa birthday awak, tepek muka artis korea banyak banyak dalam rumah or dalam lappy, awak nampak sexy meskipun awak bertudung, and yang paling penting, awak kena tahu. Comel mana pun muka awak, saya tetap sayang awak. Dan yang paling penting, saya nak bagi tahu awak yang saya sayang awak kerana ALLAH. And kalau awak dah pandai IT, saya mintak tolong satu benda. Tolong lah jangan baca blog saya. Sebab nanti awak akan cop saya 'gatal'. Walaupun saya setia orangnya.



Ikhlas dari tulisan penaku,
amien isa.

Sunday 31 July 2011

massege massege..

Satu petang tu, guwa tengah duduk sembang-sembang kosong dengan membe guwa. Tiba-tiba guwa rase ada benda yang geli kat bahagian peha guwa. Guwa tengok betul rupa-rupanya fon guwa vibrate. Ade message daripada membe gurls guwa.




"Saye nak pegi kelas nie, nanti malam kita text lagi taw"

Guwa senyum simpul jee. Membe guwa pandang pelik pulak. Diorang tanye apesal guwa senyum macam kerang busuk?? Guwa cakap laa yang membe gurl hantar text tadi. Diorang tak pecaye and cakap tu awek guwa. Terus diorang bahan guwa sampai laa waktu maghrib nak masuk dah. Pastu, kiteorang pon blaa laa tinggalkan tempat  tu. Eh, lupe plak guwa nak bagi tahu yang gurl nie bff paling rapat guwa.

********************

Malam tu guwa text laa bff guwa yang gurl tadi tu, tunggu punye tunggu dia reply sampai mata guwa pon dah nak terlena. "Memeng tak laa gurl nie, cakap tak serupa bikin betul laa" marah guwa dalam hati yang suam suam panas time tu.

Kringgg!!! Kringgg!!! Kringgg!!!

Jam loceng guwa main peranan nak kejut gua bagun pagi tu. Guwa ambil fon nak tengok jam pukul bpe, tapi yang guwa sempat nampak hanya 5 missed call and 2 message. Dengan mata terpisat pisat guwa bangun laa and bukak inbox.

Massege pertama :
Nape tak angkat?? Angkat laa. Ade benda penting nak bagi tahu nie..

Massege kedua:
Pasnie jgn contact saya lagi. Paham ??

Guwa kebingunggan. Apehal lak minah nie tetibe jee lak nak merajuk sakan dengan guwa nie?? Maybe tengah 'cuti' kot, maklum laa orang perempuan namanye. Petang tu guwa cerita laa pasal minah nie kat bestfriend guwa. Then dye bagi idea suruh tanye minah tusendiri apesal dia jadi macam tu.


So, guwa dengan gentleman nye terus laa call minah tu. belum sempat guwa nak buat missed call, kredit guwa dah kene tolak.

"Wahh!! Jadah ape minah nie angkat call, macam taw taw lak guwa nak call" cakap guwa dalam hati.


Guwa buat laa loudspeaker nak bagi dengar ape yanag dye nak cakap. Tapi korang taw tak ape yang guwa dengar??

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebebntar lagi.". Rupa rupanye awek maxis yang tolong angkatkan panggilan guwa. Perghhh, benggang jee guwa time tu.Then, membe guwa cakap laa yang antar jee massege tnaye apehal dia jadi macam tu.


***********************

Hari bertukar minggu masih takde jawapan daripada minah tu. Guwa pon cuba laa bukak buku muka (facebook) gurl tu. Rupa-rupanya kat sitluah guwa dapat jawapan ape yang dia nak bagi tahu guawa malam tu. Guwa nampak yang dia dah tukar status from 'single' to 'in relationship', Thats why laa dye tak kasi guwa contact dye lagi kot.


"Cehh, Penat aku jee tunggu kau reply text aku" cakap guwa sorang sorang.


Pastu, guwa mintak laa massege daripada bff guwa nak foward kat minah nie. Massege tu berbunyi:

Dulu kau sentiasa berada di depan mataku, kini kau pergi meninggalkan aku, pemergianmu amat aku kesali, tapi aku tahu kau pergi dengan niat yang baik untuk mencari sesuatu yang kebih baik dari dulu. Aku bersyukur kerana aku dipertemukan dengan insan setulus dirimu. Kini, aku sentiasa menanti dan berharap kau berada di hadapan mataku kerana dirimu amat merindui dirimu.. Aku sentiasa membayangkan saat manis kita dan aku inginkan ia kembali, walaupun aku tahu itu semua pasti mustahil berlaku.


Wahh,, terlebih jiwang pulak. Hehehe. Guwa agak agak yang dia memang tanak reply dah text guwa, soo guwa anta laa kat dia text last. Tak tahu laa jiwang ke tak. Bunyi massege tu:

KAWAN..kiranya waktu sekejap itu menjadi kenangan untuk kita ingati sepanjang zaman, ingatlah aku selagi kau mampu, jika pula masa mendatang memisahkan keakraban yang telah terbina, ukirlah secebis "TENTANG AKU" di hatimu, agar nanti kita bersua kau masih mengingati siapa diriku..


Haa, mcm tu aje tamat kisah kali nie. Kalau korang laa jadi guwa, ape korang akan buat kalau kene sama macam guwa nie??? ce cite ce cite..

Wednesday 29 June 2011

soalan pelik pasal isyrak dan mikraj ??soalan pelik pasal isyrak dan mikraj ??

Isyrak dan mikraj?pastinye semua kite tw peristiwa tu.yelah,dah jadi adat orang kite,msti setiap tahun buad sambutan isyak dan mikraj.penceramah pulak mesti citer benda yg same.rase rase korang dah boleh hafal kan text nye?

tapi penah tak korang terpikir nak tnye ustaz penceramah tu ape ape yang korang rase tak lojik??ce korang pkir kejap ade tak soklan soklan mengenai isyrak mikraj yang korang rase tak masuk akak?

Pecaye tak korang lau guwa cakap ade orang penah tnye mcm ney kt penceramah. Nie contoh soklan dye

''Emm ustaz,saye ade soalan nie,tapi malu nak ckp,takut kene gelak''
Ustaz tu balas balik 'cakap je,yang pnting jgn ade ape ape was was mengenai agma kite''

Then,dy pon lepas dah dpt green light dari ustz tadi terus tanye ''Nabi kan dibelah dada masa dia kecik2 dulu, dan ketika sblm israk mikraj. Persoalannya, kenapa perlu dibelah dan dicuci hati baginda? Bukankah Tuhan boleh je kasi bersih tanpa perlu dibelah dan dibasuh? Bukankah boleh saja dijadikan Nabi tu time lahir2 je terus hati bersih tanpa perlu dibelah dan dicuci hatinya? Jadi mengapakah berlaku peristiwa begitu?''

Panjang dan bersahaja soalan dye.guwa tegok ustaz ney releks semacam je.cool tngah kumpul idea laa tu kot.


Dah pkir pkir,ustaz tu pon balas dngan prtnyaan balik. ''Kenapa perlu Nabi Isa lahir daripada perut seorang ibu bernama Maryam? Bukankah Tuhan boleh saja kasi terus ada macam Nabi Adam?''

Semua orang menganguk tanda setuju.





Sambung ustaz. ''Maka, terpulanglah pada Tuhan nak menentukan macam mana. Boleh ke setiap benda kita persoalkan, misalnya kenapa panggil singa sebagai singa, bukan rimau bermahkota ke, apa ke… atau kenapa manusia ada satu hidung, tak dua hidung… kalau Tuhan bagi ada dua hidung, nanti kita dok pertanyakan juga awat dua hidung tak tiga hidung ke, satu hidung ke…
Juga, sebagai simbolik la..

nanti kalau takde peristiwa tu, hang dok pertikai gak betul ke hati nabi bersih. So peristiwa itulah untuk buat hang tahu hati Nabi bersih, coz malaikat dah cuci. Tapi bila ada peristiwa tu, hang persoalkan jugak''

Semua orang gelak skit.coz ustaz tu pnye cara ceramah sambil buad kelakar.

Jawapan dari ustaz tok soalan laìn lain 'Mengapa perlu di belah dada Nabi sedari kecil hanya kerana untuk menerima nubuwwah kerasulan? Jawapnya oleh kerana tempat terima wahyu itu hati dan hanya hati yang bersih sahaja wajar menerima wahyu maka hati itu perlu di bersihkannya dari sebarang kotoran.

Soalnya kenapa perlu mengadakan pembedahan bukankah Allah boleh perintahkan sahaja.Jawapnya itulah hikmah yang tersembunyi 1000 macam pengajaran.

Tahukah mereka Bapa kedoktoran itu Ibn Sina mendapat ilhamnya tentang teknik pembedahan dari mana kalau bukan dari peristiwa ini.Tahukah mereka hasil kajian modern juga tidak dapat menolak ubat bagi penyakit hati dan darah ialah dengan mengantikan darah baru yang bebas dari sebarang kotoran dan homoglobin.

Tahukah mereka teknik penyucian jiwa lewat yang dilakukan pelbagai aliran tasawuf dan sufi juga mengambil pendekatan ini.Tahukah mereka teknik psikologi juga memerlukan pemusatan pengosongan jiwa dari sebarang masalah sebelum jiwa yang lara itu di ubati secara psikologist. Kesemua teknik teknik ini di ambil hasil dari peristiwa tersebut.''

Begitulah jawapan penceramah atas soalan yg 'pelik' @ jarang di dengar.

Korang ade jugak ke soalan pelik nak tnye nti??

harimau malaya sudah gah??!



''PADA pengamatan jurulatih Taiwan, Lo Chih Tsung - tiga pemain skuad Harimau Malaya dianggap boleh memusnahkan cabaran mereka menjelang pertemuan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. Trio dimaksudkan pengendali berkenaan adalah Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan S Kunalan yang disifatkan boleh mengucar- kacirkan kubu mereka andai tidak dikawal baik anak didiknya.''




begitu lah gah nye Harimau malaya dipersada dunia selepas memenangi Piala AFF Suzuki 7 bulan yang lalu.team team yang laen rase kecut perut nak lawan pasukan negara kite :)

lebih lebih lagi dengan kehadiran pemegang kasut emas piala AFF tu, Safee Sali daripada pasukan barunya di indonesia.pastinye dia akan dijaga rapi oleh pemain pemain taiwan nanti.hebat jugak kau yee safee.korang tak rase mcm tu ke?

guwa rase bangge laa walaupon kite dah kehilangan lagend bola sepak kite iaitu Mokhta dahari,kite maseh lagi digeruni oleh negara negara laen.

"KAMI sudah bersedia dari segi mental dan fizikal!"

Itu keyakinan dilaungkan kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim menjelang pertemuan getir menentang Taiwan dalam pusingan pertama, kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.


Cube kan korang pkir lau negara kite hanya dipandang rendah oleh negara laen,korang malu tak?lau guwa,dah masuk jamban tutup muka dah.so,mari lah kite sokong team malaysia

MALAYSIA BOLEHHH !!!
haa,antara sorakan yg patot kite bg .

Pape pon,guwa tetap sayang Malaysia.wish team malaysia menang game nanti :) korang rase boleh tak kite menang lawan taiwan nanti??

Saturday 25 June 2011

finalis terbaru maharaja lawak ke??

assalamulalikum...



okay sekarang cuba bagitau guwa siapa yang tak kenal Matluthfi? dia ni pernah jadi fenomena la dengan video-video yang dia rakam & upload kat youtube. and still orang suka tengok video dia. masa guwa baru kenal die dulu, guwa ada suruh kawan guwa tengok video yang matluthfi ni upload kat youtube. and kawan guwa tu terus jatuh cinta kat dia disebabkan ke-cool-an matluthfi ni buat video. video-video yang dia buat hampir semua nya berkisar pasal life dia, isu semasa & life rakyat malaysia ni. and yang paling penting, tiap video yang dia buat tu, semua ada message & pengajaran yang tersendiri. idea dia memang brilliant. wait! dia memang sengal & disebabkan kesengalan dia la, video dia jadi meletup-letup bagaikan lava gunung berapi.  pada siapa yang tak pernah kenal lagi siapa tu Matluthfi atau tak tengok lagi video dia yang boleh dikata agak baru, you guys should watch his videos! jadi, jom layan :)




1: album baru
gile betul matluthfi ni. peminat shinee & seangkatan dengan nya, haruslah tengok video ni :D


2. Bukan Semua Cantik Subjektif
orang sanggup buat apa saja untuk cantik?cantik luar?cantik dalam?


3. Serta Paksa
kesesatan yang hakiki? haha..


4. Typical Local Film/Drama Scenes
yang ni pengajaran video dia sangat bagus untuk kita semua :)


5. Mercun Bola Bukan Bola
yang ni untuk penonton perlawanan bola yang terlalu fanatik sampai tak dapat control diri?


6. Nama Pun Sampah
yang ni patut boleh jadi iklan commercial kat TV untuk galakkan rakyat Malaysia ni buang sampah dalam tong sampah.

so now, what say you? cool gile kan dia ni. maybe lepas ni dia boleh join maharaja lawak. so to Matluthfi, teruskan apa yang kau buat ni. sekurang-kurangnya kalau orang tengah sedih, dia mampu gelak bila tengok video kau. Malaysia terus menyokong kau walaupun kau kat oversea sekarang. kau balik Malaysia nanti, aku belanja roti canai (mati aku kalau dia tau and dia tuntut kat aku hehe :)


salam.

Sunday 19 June 2011

makwe perasan di usha.




di pagi sabtu yang sepoi sepoi bahasa,time semua orang dah planning nak pegi berehat,guwa beserta 5 orang kawan dipilih untuk ke USIM (universiti sains islam malaysia). haishhh,bru je plan nak teman bntal busuk guwa tidow atas katil yang tade lah empok sngat.hee

nak tak nak,pegi je la prog tu.atas tajuk sains dan matematik.pikìr an ilmu,so kteorang dngan kerelaan dalam keterpaksaan pon pegi laa.program nie jemput 15 buah sekolah and guwa rase ade laa dalam 40o orang yang dtg.

******
dah daftar je,guwa pon pegi laa masuk dewan kuliah dye.pergghh,besar gler kot.(teruja ckit..hee).yelaa,sblom ney mane penah masuk mane mane U ag.cari pnye cari,dpt la guwa tmpat duduk dpn dak dak pompuan.

budak ney guwa tak tw laa ape masalah dowg,ble prof ckp ckit je tergelak gelak,bikin guwa panas jeee..tapi nasib bek guwa sabar ag.dorang dah sbb kan tumpuan guwa lari bertempiaran,so guwa pon bkak laa fail yg pihak U nie bg and guwa amek la kertas mainan soduku tu.korang msty teror maen bnda tu kan?

guwa pon mula la carik pensel and pemadam nak isi jwpan nye sebab guwa just bwk pen je.so,guwa borrow la pensel mekanikal member guwa.tapi yg masalah nye ubat nips nye takde pulak.nak mintak kt membe membe guwa,semuanye stok same nan guwa je dtg bwk pen.hee,dah bengang bengang,guwa pon toleh laa 36o darjah kebelakang and ngan muka selamba mintak la ubat nips kt gurl yang memekak mcm kerang busuk tadi.

''amek laa'' cakap gurl tu.
guwa jawab laa ''tengs ye''

******
aaahhhh..guwa lupe pulak nak mintak pemadam sekali tadi.tibe tibe guwa dngar gurl tadi tu bukak zip.guwa agak dy bkak pensel case dy laa kan.tak kan nak pkir laen pulak.addoy korang neyh..
guwa dengan muka selamber nye tros lah pusing 36o° sekali lagi untuk pinjam pemadam..korang taw ape membe membe dy ckp?
''tak malu betul mintak brg kt pompuan'' haa,yang nie guwa boley sabar ag.tapi ade pulak membe dy ckp
''eleh..nak ngorat jadi awek lah tu'' pergghh,yang nie guwa tak tahan laa.kalau korang ape yang korang akan buad?

tw la muke guwa nie ala ala hindustan,tak kan nak pinjam pemadam pon ckp guwa nk usha dy?tak berkembang betol lah otak dyeorang tu.untuk meredakan keadaan,guwa pon senyap seribu bahasa sambil telinga dok dngar ape yang prof bebel kt dpn tu and secara tidak langsung curik curik dngar membe membe gurl tu buad gosip pasal guwa.tangan kiri guwa pulak cube tok selesai kan mainan soduku yang ntah ape level pihak U nie soh siapkan sambil dibantu oleh otak kanan and kiri guwa nie .

hehe, thats all laa kot.nnti laa guwa cerita lagi pengalaman guwa.okay lah,to be continued..

Sunday 12 June 2011

tunjukkan jalan yang lurus



sekarang nie kan tengah hot cerite pasal KL GANGSTER , so saye nan membe pon sharing laa cerita pasal movie yg SERAM + LAWAK tu.

then , tibe tibe time syok syok cerite ,datang sorang pak cik kt kteowg and dye trus je tanye ''adik , borak pasal ape tu ? nak pakcik tunjuk JALAN YANG LURUS tak ?'' saye pon ngn selambe je senyum kambing je kat pak cik tu.

then,pakcik tu sambung la cerite dy . dy cakap yang setiap orang beriman nie memang dah ade dlm landasan yang betul . Just kite je harus tentukan yg kite memang tengah ikot jalan yang betol.

so , pakcik tu pon cakap laa yang jalan yang lurus tu semua orang mintak dalam solat , ianye ada dalam surah al fatihah .

saye nan membe pon terdiam laa . Then,pakcik tu tmbah lagi.dy ckp yg dy risau tengok anak muda zaman sekarang sebab bnyk bnda yg akan mempengaruhi dowg (termasuk saye) .

* pakcik tu pesan yang dy harap kite dapat ikot jalan yg menang benar benar lurus agar kita same same dapat masok dalam syurga ALLAH :)

mari mencontohi peribadi Nabi Muhammad =)




nabi kita sudah lama wafat,tapi tak bermakna kerja kerja nabi tergendala.oleh itu,kita telah diwariskan oleh Allah sbgai umat nye untuk menyambung kerja kerja tersebut.tak bermakna kita sudah islam,kita sudah lepas tnggung jwb trsbut.bahkan,kita kene pastikan kalimah "LAA ILA HA ILLALLAH" itu sampai pada smue orang kat dunia nie.oleh itu,mari kita usahakan tok smpaikn kalimah trsbut pd smue org even pada mak ayah kita sndri.sbnyk mane kita sbut tntg kkuasaan Allah,insyaAllah iman kita akan bertambah.*jadi,SELAMAT BERAMAL =)