Tuesday 2 October 2012

Rakan itu namanya Sahabat


Dalam hidup ni, setiap orang mendambakan seorang sahabat yang sejati. Korang pernah dengar kisah-kisah persahabatan yang meruntun jiwa. Kisah-kisah persahabatan yang bila korang baca, korang akan kagum dengan jalan cerita tersebut. Jom, aku kongsi dengan korang satu kisah yang sangat-sangat aku ingat sejak dari waktu kecil dulu.


Dan kisah ini, aku masih ingat walaupun aku baca sejak dulu lagi. Mungkin korang pernah dengar. bagi aku, ini memang kisah persahabatan yang sangat meruntun jiwa.




************




Terdapat dua orang sahabat baik di sebuah kampung. Sejak kecil lagi, setiap perkara yang mereka buat akan dilakukan bersama-sama. Dari meredah hutan, memancing, belajar dan apa-apa sahaja sekalipun, mereka akan melakukannya bersama-sama. Pendek kata, dimana ada sahaja, akan ada mereka berdua.


Seawal usia remaja, negara mereka telah dilanda satu peperangan. Ini telah memaksa semua remaja untuk melibatkan diri dalam bidang ketenteraan bagi mempertahankan tanah air. Tidak terkecuali, dua orang sahabat ini. Mereka memasuki bidang ketenteraan bersam-sama.


Pada suatu pagi yang hening, tiba-tiba pihak musuh telah menyerang markas tempat tentera ini. Maka suasana yang pada mulanya hening menjadi hingar bingar. Kdengaran buyi tembakan mush memecahkan kesunyian pagi. Pihak musuh yang menyerang telah menembak membabi buta. Maka, tunggag langgangla lah pihak tentera tadi termasuk dua orang sahabt tadi.


Sesampainya mereka di markas rahsia. Sahabat tadi mendapati bawah sahabat baiknya tiada di situ. Maka dengan rasa kelam kabut, dia bergegas meminta izin kepada ketuanya untuk keluar kembali ke tempat peperangan untuk mencari sahabtnya tadi. Tapi ketua itu telah menolak seraya berkata " Untuk apa engkau kembali ke sana, sahabatmu telah mati dan engkau mungkin akan ditembak musuh. Sia-sia sahaja. "


Oleh sebab terlalu kasihkan sahabatnya. Maka, dia tidak mengendahkan arahan kaptenya tadi.


Selang setengah jam kemudian, dia pulang dengan ada kesan tembakan di bahagian perut. Ketuanya melihat seraya berkata. "Kan aku dah kata hanya sia-sia je" Sahabat tadi menjawab " Tidak sia-sia wahai ketua, aku dapat  mendengar kata-kata terakhirnya" Kapten tadi mendengar sambil berkata dalam hati "Hanya cakap kosong"


Namun, oleh sebab rasa ingin tahu yang tinggi, maka ketua tadi datang semula kepada seraya bertanya. "Sebenarnya apa yang dia telah katakan kepada kamu sehingga kamu sanggup untuk menggadaikan nyawa kamu kepadanya?"


Jawablah sahabat tadi sambil berkata " Saya tahu kamu akan datang kembali mencari saya" Itulah kata-kata terakhirnya sambil tersenyum puas.







************



Dalam hidup ini, sukar untuk kita mencari seorang sahabat yang dapat terima baik buruk kita. Seorang sahabat yang mampu untuk bersama dengan kita masa susah dan senang. Sebanya, kita tak mampu untuk berfikir apa yang ada dalam fikiran dan hati seseorang itu. 


Hatta seorang ibu sekalipun, dia tidak mampu untuk membaca apa yang difikirkan oleh anaknya walaupun dia yang melahirkan anaknya tersebut.


Satu hari nanti, bila korang telah menemukan seorang sahabat sejati. Maka jagalah diri dia dengan sebaik-baiknya kerana mungkin satu hari nanti, korang takkan menemukan lagi seorang lagi sahabat sepertinya. Sahabat sejati takkan sanggup menggadaikan persahabatanya semata-mata keran cinta dan duit. Selalu korang tengok dalam filem-filem melayu, seorang sahabt sejati lebih sanggup memendamkan perasaan daripada melukakan hati kawannya tersebut.


Bagi aku, tiada satu tips pun yang mampu menolong korang mendapatkan seorang sahabat sejati. Ia datang secara tiba-tiba, dan ia akan kekal selama-lamanya. Berbahagilah korang bila korang sudah mampu menyedarinya. ^^




**********************



#p/s : Seandainya kita BERTEMU seorang KAWAN yg sanggup BERSUSAH atas nama KESETIAAN, MENDAHULUKAN atas nama KEBAJIKAN, MENYIMPAN KEAIBANMU atas nama KEJUJURAN, MENEGUR KELEMAHANMU atas nama KEBAIKAN, MEMENDAM RASA terkilan demi MENJAGA PERASAAN,ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang KAWAN tetapi seorang SAUDARA & SAHABAT SEJATI y sukar di cari ganti…(^_^)..! ♥