Dalam
hidup ni, setiap orang mendambakan seorang sahabat yang sejati. Korang pernah
dengar kisah-kisah persahabatan yang meruntun jiwa. Kisah-kisah persahabatan
yang bila korang baca, korang akan kagum dengan jalan cerita tersebut. Jom, aku
kongsi dengan korang satu kisah yang sangat-sangat aku ingat sejak dari waktu
kecil dulu.
Dan
kisah ini, aku masih ingat walaupun aku baca sejak dulu lagi. Mungkin korang
pernah dengar. bagi aku, ini memang kisah persahabatan yang sangat meruntun
jiwa.
************
Terdapat
dua orang sahabat baik di sebuah kampung. Sejak kecil lagi, setiap perkara yang
mereka buat akan dilakukan bersama-sama. Dari meredah hutan, memancing, belajar
dan apa-apa sahaja sekalipun, mereka akan melakukannya bersama-sama. Pendek kata,
dimana ada sahaja, akan ada mereka berdua.
Seawal
usia remaja, negara mereka telah dilanda satu peperangan. Ini telah memaksa
semua remaja untuk melibatkan diri dalam bidang ketenteraan bagi mempertahankan
tanah air. Tidak terkecuali, dua orang sahabat ini. Mereka memasuki bidang
ketenteraan bersam-sama.
Pada
suatu pagi yang hening, tiba-tiba pihak musuh telah menyerang markas tempat
tentera ini. Maka suasana yang pada mulanya hening menjadi hingar bingar.
Kdengaran buyi tembakan mush memecahkan kesunyian pagi. Pihak musuh yang
menyerang telah menembak membabi buta. Maka, tunggag langgangla lah pihak
tentera tadi termasuk dua orang sahabt tadi.
Sesampainya
mereka di markas rahsia. Sahabat tadi mendapati bawah sahabat baiknya tiada di
situ. Maka dengan rasa kelam kabut, dia bergegas meminta izin kepada ketuanya
untuk keluar kembali ke tempat peperangan untuk mencari sahabtnya tadi. Tapi
ketua itu telah menolak seraya berkata " Untuk apa engkau kembali ke sana,
sahabatmu telah mati dan engkau mungkin akan ditembak musuh. Sia-sia sahaja.
"
Oleh
sebab terlalu kasihkan sahabatnya. Maka, dia tidak mengendahkan arahan kaptenya
tadi.
Selang
setengah jam kemudian, dia pulang dengan ada kesan tembakan di bahagian perut.
Ketuanya melihat seraya berkata. "Kan aku dah kata hanya sia-sia je"
Sahabat tadi menjawab " Tidak sia-sia wahai ketua, aku dapat
mendengar kata-kata terakhirnya" Kapten tadi mendengar sambil
berkata dalam hati "Hanya cakap kosong"
Namun,
oleh sebab rasa ingin tahu yang tinggi, maka ketua tadi datang semula kepada
seraya bertanya. "Sebenarnya apa yang dia telah katakan kepada kamu
sehingga kamu sanggup untuk menggadaikan nyawa kamu kepadanya?"
Jawablah
sahabat tadi sambil berkata " Saya tahu kamu akan datang kembali mencari saya"
Itulah kata-kata terakhirnya sambil tersenyum puas.
************
Dalam
hidup ini, sukar untuk kita mencari seorang sahabat yang dapat terima baik
buruk kita. Seorang sahabat yang mampu untuk bersama dengan kita masa susah dan
senang. Sebanya, kita tak mampu untuk berfikir apa yang ada dalam fikiran dan
hati seseorang itu.
Hatta
seorang ibu sekalipun, dia tidak mampu untuk membaca apa yang difikirkan oleh
anaknya walaupun dia yang melahirkan anaknya tersebut.
Satu
hari nanti, bila korang telah menemukan seorang sahabat sejati. Maka jagalah
diri dia dengan sebaik-baiknya kerana mungkin satu hari nanti, korang takkan
menemukan lagi seorang lagi sahabat sepertinya. Sahabat sejati takkan sanggup
menggadaikan persahabatanya semata-mata keran cinta dan duit. Selalu korang
tengok dalam filem-filem melayu, seorang sahabt sejati lebih sanggup
memendamkan perasaan daripada melukakan hati kawannya tersebut.
Bagi
aku, tiada satu tips pun yang mampu menolong korang mendapatkan seorang sahabat
sejati. Ia datang secara tiba-tiba, dan ia akan kekal selama-lamanya.
Berbahagilah korang bila korang sudah mampu menyedarinya. ^^
**********************
#p/s : Seandainya kita BERTEMU seorang KAWAN yg sanggup BERSUSAH atas nama KESETIAAN, MENDAHULUKAN atas nama KEBAJIKAN, MENYIMPAN KEAIBANMU atas nama KEJUJURAN, MENEGUR KELEMAHANMU atas nama KEBAIKAN, MEMENDAM RASA terkilan demi MENJAGA PERASAAN,ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang KAWAN tetapi seorang SAUDARA & SAHABAT SEJATI y sukar di cari ganti…(^_^)..! ♥