Wednesday, 26 December 2012

boleh ke wish Merry Christmas ni ??


Angin pagi mendayu-dayu memanggil guwa bangun dari tidur. Tapi pusingan kipas no 5 membuatkan guwa menarik semula selimut untuk menyenyakkan lagi tidur guwa. Lagu Kita nyanyian Aizad membingitkan telinga guwa. Lalu guwa bangun, ambil handphone guwa dan mati kan bunyi alarm yang guwa set malam semalam.


" Padan muka kau. " bentak guwa dalam hati dan terus menghenyakkan tubuh kembali ke katil guwa. Hari ini bajet bangun lambat sikit. Maklumlaa, sudah nak akhir tahun so pastinya Krismas dah sampai masa nya. 25/12/2012. Ahhh, best nye dapat rehat hari selasa ni. Sehari lak tu takde kuliah.






Tatkala mata guwa dah gatal-gatal semacam menyuruh guwa bangun dari tidur, nafsu tidur yang membuak-buak menyuruh guwa melihat keluar tingkap melalui atas katil. Aduhh! Hujan lagi laa. Best ni nak sambung tidur. Harap-harap laa semua nya tak menganggu guwa nak bangun lambat hari ini.


"Aminn..Aminn! " bangun Subuh! 


Arghh ! Guwa lupa semalam guwa dah suruh member bilik sebelah guwa ini kejut guwa bangun subuh. Thanks lah member ingatkan guwa nak solat sama. Lalu guwa terus mengambil wudhu dan kerjakan solat Subuh sebagai kewajipan seorang Islam.


Selesai guwa habis solat, guwa pergi buka tingkap bilik. Cehh, ada gaya macam emak-emak kat rumah tu tak? Pagi-pagi dah buka tingkap nak bagi sang matahari masuk dalam rumah. Bagus juga guwa ini. Tiba-tiba ada pulak perasaan riak dalam diri guwa ini. Cehhh! takboleh guna betul.




Mata guwa tertancap pada air hujan yang turun renyai-renyai di luar tungkap. Wahh, renyai macam ini pon boleh banjir ke? Guwa tak berhasrat untuk ke kafe menikmati coffee atau makan roti canai. Tapi guwa lebih prefer nak buka Facebook layan mata yang nak tutup kembali sambung tidur ni.


Sedang guwa asyik melihat ke muka buku, tangan guwa tak henti-henti scrool ke bawah nak tengok apa yang menarik hari Krismas ni. Guwa terlihat sebuah post dari sahabat guwa. Kacak orangnya, pandai pulak tu. Guwa respect lu bro. Sini guwa copy apa dia tulis. Jom baca :



**************




today is Tuesday 25 / 12 / 2012 ::

Christian : Kenapa kau tidak mengucapkan Selamat Hari Krismas padaku?

Muslim : Agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu . Tapi , agama kami melarangnya .

Christian : Tapi kenapa? bukankah hanya sekadar kata-kata? Teman muslimmu yg lain , mengucapkannya kepada aku?


Muslim : Mungkin mereka belum mengetahuinya . David , kau boleh mengucapkan dua kalimah syahadah? dlm bahasa melayu pun tak mengapa .

Christian : Oh tidak ! saya tidak boleh mengucapkannya . Itu akan mengganggu kepercayaan saya selama ini .

Muslim : Kenapa? Bukankah hanya sekadar kata-kata? Ayuh , ucapkanlah .

Christian : Aku faham sekarang .

Haram Hukumnya mengucapkan Selamat Hari Natal/Christmas & Tahun Baru kerana ada dlm Hadith Nabi: "Barang Siapa yg Meniru, Mengucapkan Selamat kepada Agama Lain Bererti ia Telah Kafir & Neraka Jahanamlah Tempatnya"(HR.Bukhari Muslim)

Menghuraikan bahawa orang Islam tidak boleh meniru perbuatan yg bertentangan...



***************


Lalu guwa terus tekan button LIKE. Pagi-pagi dapat juga guwa ilmu yang bermanfaat. Thanks bro. 



P/S : guwa nak cakap sini kalau boleh biar lah apa yang kita post dekat FB tu dapat orang lain ambil iktibar. Paling tak pon kita dapat pahala. Senang je kerjanya kan? Online FB, and update apa yang bermanfaat. (:



Tuesday, 25 December 2012

OMG ! InsyaAllah there's hidayah for him .


Cristiano Ronaldo, Pemain bola sepak termahal
di dunia yang sering dilabel dengan gelaran
kaki perempuan yang sombong mengubah
pandangan dunia terhadapnya apabila dia telah
memberikan kasut emas yang dimenanginya
kepada lembaga amal bagi membantu anak- anak Palestin. 






Bekas pemain Manchester United itu yang kini
bermain bersama kelab Real Madrid telah
dilaporkan melelong kasut emas miliknya

yang dimenangi pada tahun 2011 pada harga
1.4 juta euro. 





Wang hasil lelongan itu telah
disumbangkan bagi membina beberapa buah sekolah yang hancur di sepanjang Tebing Gaza. 



Sokongan Cristiano Ronaldo terhadap rakyat
Palestin adalah signifikan dan pernah
mengenakan skaf Free Palestin sebagai tanda
sokong pembebasan Negara itu dan
dikhabarkan juga pernah berkunjung ke tanah
pendudukan Palestin sekitar tahun 2005-2007. 





Mari kita berdoa agar Cristiano Ronaldo
mendapat hidayah memeluk agama islam. Jika
beliau dikurniakan hidayah, nescaya peminat-
peminatnya juga pasti turut mengikut jejak
langkahnya.





eh! messi pon ada? sebab tu guwa suka tengok bola sepak. cer tengok Justin Bieber, duta Israel wehh. ish ish ish, malu guwa nak nyanyi lagu dia. korang cemmana? 





p/s : lets pray for him. now his look power, but he will be more power if he were with ISLAM. 


Sunday, 23 December 2012

mengapa GAZA? mengapa tidak kita?

sanggupkah kita melihat anak kita begini?

"Mengapa Israel serang Gaza? Mengapa mesti
ada peperangan di sana? Mengapa tidak
Malaysia? " 

"Sedarlah kita bahawa Umat Islam Malaysia
sudah lama tewas dalam perang! Kita tewas
kepada McD, televisyen, lagu, permainan,
KPops, rokok dan banyak lagi sebenarnya.
Kita adalah alat mereka, kita adalah kambing
hitam mereka. Kita tiada apa-apa di mata mereka!!" 


tangisan seorang bapa untuk anak yang syahid.



"Tetapi Gaza berbeza. Ia adalah cerita yang
sangat2 berbeza. Mereka hidup dengan al-
Quran, mereka hidup dalam kehidupan
sebagaimana kehidupan para Sahabat. dimana
mereka berjuang dalam peperangan yang
sebenar sekarang. ketahuilah saudaraku! mereka sedang berjalan menuju ke arah
syahid, dan Jannah! InsyaAllah.



"Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah
menghantar burung-burung ababil untuk
menghancurkan tentera bergajah Musyrikin,
maka kami memohon padaMu Ya Allah,
turunkanlah bantuanMu kali ini kepada
saudara-mara kami di bumi Palestin, syria, dan di mana shj umt islam ditindas.. dan
hancurkanlah tentera Zionis laknatullah!" 





P/S: kita tidak mampu untuk membantu mereka melainkan hnya dgn berdoa. Banyakkan berdoa untuk kesejahteraan umat islam. Guwa support GAZA. korang cemmana lak?





Saturday, 15 December 2012

Permulaan Kisah Kesepian


Akhirnya guwa puas! Dapat juga guwa menambah bilangan post guwa di blog kesayangan guwa ini. Setelah hampir berbulan berlalu akhirnya Layar Kehidupan guwa kembali berlayar. Mungkin ramai tertanya-tanya kenape lama dah guwa tak update blog. Sini guwa nak cerita. Cuba amati detik ini. Konon suspen lah tuu, korang takyah buat muka terkejut sangat, cerita dia bermula begini.


Jeng Jeng Jeng !!!


Pagi itu sungguh indah, dingin nya tak seperti selalu. Nak kata sejuk, tak jugak. Tapi hari ini angin bertiup sepoi-sepoi bahasa bagaikan mengalu-alukan sang matahari membuka sinarnya untuk menjadi "lampu" kepada sekalian alam. Sekawanan burung berterbangan bebas berkejaran antara satu sama lain. Terigin juga bagiku untuk terbang bersama dengan burung tersebut. Terdetik di hatiku ingin memanggil burung tersebut dan berkata "Guwa nak join korang terbang boleh?" . Tapi guwa tak segila itu untuk berkata macam itu kepada haiwanyang tidak tahu membalas.

Puan Emak seawal pagi telah meyediakan sarapan yang begitu menyelerakan bagiku. Nasi Lemak sambal pedas kaw ditambah pula dengan air kopi kapal api. Perghh! Naik nafsu makan guwa seketika. Tanpa membuang masa terus guwa ambil sudu dan makan nasi lemak sampai menjilat jari. Ehh macam mana pulak guwa makan pakai sudu lepastu terus jilat jari? Sedap sangat Puan Emak masak sampai guwa tuka selera makan guna tangan pula.



begini lah lebih kurang rupa kopi nye.


Selesai guwa makan, guwa bawa secawan kopi panas kedalam bilik guwa. Guwa letakkan ditepi lappy guwa supaya senang guwa nak minum sambil guwa update blog guwa ni. Kopi yang panas itu mengeluarkan haba sampai boleh nampak asap dia dengan mata kasar guwa. Tak tahan haus, guwa mulakan dengan hirupan pertama. SLURPPPPP. Macam itulah bunyi nya. Konon sound effect lah tu. Habis minum, dalam hati habis punya sabar dah sebab melecur lidah guwa minum air panas itu. 


Hati guwa berdetik, "Sabar Amienn sabar. Takkan dengan air pon nak mengamuk."



Dalam ketidakpuasan hati guwa tu, sempat juga guwa memuji kepandaian hati guwa memujuk perasaan guwa yang tengah membara ni. Lepas guwa cool, guwa sambung menaip pada lappy kesayangan.

Keletak keletak keletak. Begitulah bunyi keyboard lappy guwa apabila bertukar satu huruf ke satu huruf untuk membina satu ayat seterusnya menjadi ayat yang sedap macam guwa tulis ni. HAHA terase pulak guwa. 


Tiba-tiba Lagu Kita nyanyian Aizat mengalunkan irama nya. 



Guwa tahu itu ringtone phone guwa. Cepat-cepat guwa cari phone guwa nak angkat panggilan tu. Tengah kelam kabut cari, tangan guwa terlanggar kopi panas. Arghhh ! Jerit guwa. Tapi hanya dalam hati. Panas hati guwa ni panas, tapi guwa sabarkan aje.



Cepat-cepat guwa ambil tisu dan lap lappy guwa. Phone guwa berdering buat kesekian kali nya. Kali ini guwa cari dengan penuh berhati hati, jumpa lah phone guwa dekat dalam beg guwa. 



"Ye Mat, ade apa call aku pagi-pagi nie. Kacau privacy aku nak menikmati hari cuti jelah." tanya guwa dalam suara acuh tidak acuh.


Mamat, membe baik guwa menjawab "Aku saje nak tengok kau dah bangun ke belum, mana lah tahu tengah terbunngkang tidur lagi kan?" 


Selambe je dia cakap guwa macam tu, dengan perasaan yang tengah panas, terus guwa matikan panggilan. "Siap kau Mat, nak buat lawak pulak pagi pagi ni ye, aku dapat kau aku tumbuk muka kau.!" Bentak guwa dalam hati.


Keletak keletak keletakk.

Keletak keletak keletak.

Keyboard guwa mula tidak menjalankan tugasnya, tekan huruf lain huruf lain yang keluar.

Mamat bin Sameon!!!!! 


**************

Begitulah flashback guwa.

Sebab tulah lama guwa tak update.

Kih kih kih :D

*************

p/s : harap entry guwa kali ni tak menghampakan korang walaupun just bagi alasan. Hehe.