Assalamualaikum semua. Lama sudah guwa tidak menjenguk Layar Kheidupan guwa ni. Korang apa khabar? Harapnya semua dalam keadaan sihat walafiat.
Malam yang indah tanpa kelibat burung hantu, jam berdetik sangat bersemangat. Boleh guwa dengar setiap inci detikan jam guwa. Nampaknya sangat tidak sabar untuk menyambut seseuatu yang sangat penting buat semua umat Islam untuk tahun 2013 ini.
Tepat je jam menunjukkan 7.15 malam, maka Pakcik Bilal pon melaungkan azan dengan bersunggunya. Lain benar jika nak dibandingkan dengan malam-malam sebelumnya. Tanpa guwa rancang, tangan kanan guwa menepuk dahi dengan kuat. POKK! Begitulah lebih kurang bunyinya. Gua menepuk sebab bukan terlupa, cuma tak ingat yang dah masuk nya birthday Nabi Muhammad S.A.W pada malam ini.
Masuk je Maghrib 23 Januari 2013 ini, maka telah masuknya birthday Nabi Muhammad S.A.W . Ada sesiapa wish tak? Ada sesiapa ingat nak selawat banyak-banyak time tu tak? Jawapannya tepuk dada tanya iman. Walhal, bila makwe atau pakwe kita punya birthday, kita adalah orang pertama yang akan wish, yang akan cuba nak nyanyikan lagu. Konon sweet lah tuu? =="
Nabi Muhammad merupakan kekasih Allah, Tuhan yang mentadbir dan menciptakan kita. Kekasih Allah adalah Nabi Muhammad, jadi dimanakah kita jika kita tidak mencintai juga merindui Nabi Muhammad?
Nabi Muhammad telah bersabda yang maknanya "Sesiapa yang berjumpa aku didalam mimpinya, maka dia telah bertemu dengan aku dalam keadaan sebenarnya. Kerana syaitan tidak berupaya menjelma seperti wajahku." Guwa sangat-sangat dan sangat jealous kepada sesiapa yang pernah bermimpi dengan Baginda. Sebab guwa belum pernah mendapat kenikmatan begitu.
Haa, so apa cara nya nak dapat mimpi Nabi Muhammad? Kita kene lah banyak berselawat ke atas Baginda and banyakkan doa supaya dapat bertemu dengan Baginda dalam mimpi nanti.
Jadi, semperna Maulidur Rasul pada hari ini, guwa nak ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua yang mengakui bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Dan kekuatan Maulidur Rasul ni bukan dilihat daripada berapa ramai yang datang berarak dan siapa juaranya, tetapi kekuatannya adalah sejauh mana rasa cinta dan rindu kita pada Baginda S.A.W
P/S : Moh kawan-kawan kita banyak kan selawat, bukan hanya pada hari ni sahaja, tetapi tetaplah istiqomah dalam berselawat kerana kita berselawat bukan kerana hari, tapi kerana Nabi Muhammad itu nabi kita semua. Selamat beramal. :D