Tuesday, 15 January 2013

Surat Kepada Pencetus Listen Listen Listen.




GUWA rasa terpanggil untuk menulis kepada Saudari setelah menonton sebuah klip Youtube bertajuk ‘Forum Suara Mahasiswa Part 4’ bertajuk ‘Seiringkah Mahasiswa Berpolitik’ yang telah dimuat naik oleh TvMyMahasiswa pada 9 Januari 2013.


Disini, guwa lebih tertarik untuk mengulas mengenai komen Bawani kepada Saudari.

Universiti atau Tadika?

Bawani memulakan komen beliau dengan bertanya kepada Saudari mengenai tuduhan  terhadap Ambiga (Pengerusi bersama Bersih) sebagai pencetus anarkis di Malaysia dan Pak Samad sebagai pencetus kepada orang-orang gila yang membuat demonstrasi jalanan. Beliau kemudiannya  menjelaskan kepada sidang dewan mengenai pergerakan Bersih yang menurutnya sah di sisi undang-undang serta sebuah gerakan non-partisan.
Perkara pertama yang tidak guwa fahami ialah mengapa Saudari perlu turun ke bawah dewan untuk berhadapan dengan Bawani? Adakah sudah menjadi kebiasaan di Universiti Utara Malaysia (UUM, lokasi forum ini diadakan) panelis akan turun dan ‘confront’ audien secara berhadapan? Dalam sebuah forum di negara yang matang guwa tidak fikir ‘intimidation’ sebegini perlu.

Kemudian Bawani meneruskan komen beliau dengan memberi contoh negara seperti  Argentina, Venezuela dan Brazil yang dikatakan memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya bermula dari prasekolah sehingga kepada ijazah pertama. Seterusnya Bawani memperkatakan mengenai keupayaan PTPTN melalui matematik mudahnya iaitu peruntukan sebanyak 10 bilion daripada keseluruhan 200 bilion perbelanjaan Persekutuan dengan memberi contoh Cuba sebagai negara yang pernah melakukannya. Lebih menarik Bawani melakukannya dengan membentangkan tahap literasi Cuba sebagai yang tertinggi di dunia.
Kemudiannya situasi menjadi lebih menarik. Bawani membentangkan GDP Cuba (guwa tertanya-tanya apakah jurusan pengajian saudari Bawani?) namun malangnya ketika guwa teruja untuk mendengar hujah lanjut Bawani, hujah beliau disambut dengan 10 kali lafaz ‘Listen’ oleh Saudari! Soalan kedua guwa ialah, berapa minit komen yang diberikan kepada audien untuk bertanya soalan serta apakah tindakan ini dilakukan semata-mata untuk menutup keupayaan hujah Bawani?

Sebagai ahli akademik guwa percaya kepada kebebasan berhujah dan berbeza pendapat. Guwa percaya kewibawaan Saudari akan lebih dihormati sekiranya hujah dibalas hujah, bukan hujah dibalas ‘Listen’.  Lebih ironi, Saudari kemudiannya mengucapkan ‘Let me speak’ sehingga 7 kali! Guwa begitu hairan, dalam bidang pedagogi selalunya perkataan diulang-ulang digunakan hanya untuk anak-anak prasekolah, bukan mahasiswa dengan fakta literasi dan GDP. UUM ini universiti atau tadika?


Hujah vs hujah

Seterusnya guwa tidak berminat untuk mengulas mengenai hujah balas Saudari kepada Bawani mengenai ‘When I speak, you listen’, ‘jangan samakan negara lain dengan Malaysia’, ‘apa yang kamu buat di Malaysia, go to Cuba, go to Argentina, go to Libya’ (Libya?), ‘you must understand what is democracy, you must understand – what is perhimpunan lebih dari 3 orang di sesebuah tempat’, ‘animals have problem’,   ‘kucing ada masalah’, ‘anjing boleh menggonggong’, ‘lembu kambing ada masalah’, ‘kita manusia lebih rakus daripada ikan’, ‘and you tau tak binatang apa yang paling banyak sekali masalah?’, ‘pernah makanshark finn?’ atau ‘you are very much to go to another university’.

Guwa tidak nampak kaitan fakta yang dibentangkan oleh Bawani bermula dari jumlah perbelanjaan negara serta idea untuk pendidikan percuma sehingga kepada GDP negara Cuba dengan jawapan Saudari seperti ‘pernah makan shark finn?’. Guwa cuma terkesan apabila Bawani cuba menggunakan bahasa Melayu asas dengan saudari, saudari balas dengan bahasa Melayu rojak.

Guwa fikir bukan ini caranya seseorang dengan status ‘degree holder’ seperti Saudari berhadapan dengan mahasiswa seperti Bawani. Guwa sendiri tidak berapa setuju dengan hujah Bawani. Faktor sosial, budaya dan georgrafi negara kita sangat berlainan dengan Cuba dan tidak memungkinkan perumpamaan mudah GDP untuk digunakan sebagai hujah.

Walaubagaimanapun guwa percaya Malaysia sedang mengalami fasa-fasa menuju kematangan demokrasi. Oleh yang demikian di dalam sebuah universiti yang subur budaya ilmu dengan golongan intelek dan terpelajar, hujah perlu dijawab dengan hujah, bukan dengan  ‘When I speak, you listen!’.


p/s: guwa bukan nak post sbb guna sokong mana-mana pihak. guwa cuma nak bagitahu yang mahasiswa pon ada hak nak bersuara. jangan bezakan hak bersuara hanya dengan segulung ijazah dan tahap O level.



2 comments:

Zahirul Nukman said...

Jangan salahkan UUM dalam hal ni. (: Mereka tidak bersalah. Yang salah sekarang SW1M tu, Miss Listen Sharifah Zohra Jabeen.

*sekadar penjelasan*

amien mohd isa said...

yes i know, but where are their dignity? they just shut their mouth and clap their hand when it was happen.