Assalamualaikum
WBT
Bangun sahaja dari tidur, guwa kira hati terus tedetik. Mampukah
guwa jadi Muslim yang baik hari ini? Berada dalam kelompok manusia yang
berlainan jantina dalam kadar yang banyak merupakan satu cabaran yang hebat.
Lebih lebih lagi, sejumlah besar rakan satu batch ku 80% wanita. Belum lagi
termasuk pembaca pembaca blog yang kukira juga banyak gadis gadis yang
meninggalkan komen dan jejak. Jarang sekali menerima email dari lelaki. Guwa
sangat sedar akan hakikat dugaan ini.
Dunia maya itu cerita lain. Kali ini kita bercerita mengenai
liku dalam pergaulan seharian. Kerap kali malu bila tergelak ketawa melebih,
menerima tepukan secara tak sengaja dari wanita walau berlapik. Ini situasi
yang cukup 'awkward' dan sangat tidak selesa bagi diriku kini. Kadang kadang
rasa seperti tidak mahu keluar bilik, bersosial, terutama bila benda begini
berulang. Susah bila ada perempuan dalam satu situasi.
Kalau dulu, senang rasa selesa, tapi kini, hati mesti bergetar
kencang bila dirasakan hanya guwa seorang dikelilingi oleh kaum hawa dalam
suatu situasi. Batasan pergaulan dirasakan adalah satu isu yang sangat rumit.
Ada yang kata begini, ada yang kata begitu. Ini cabaran yang berat. Kadang
kadang kita faham akan batasan tapi tidak pula orang yang bergaul dengan kita. Guwa
cuba berkias, melahirkan mimik muka yang tidak senang tapi gerangan yang
bernama wanita masih tidak faham.
Awak, sentuh saya haram. Awak bukan muhrim saya. Walau sedikit
pun terkena kulitnya. Lepas disentuh yang susahnya saya tertanya tanya apa yang
saya perlu buat? Serius saya rasa bersalah, sangat. Kalau disentuh babi dan
anjing boleh lagi disamak. Tapi kalau sentuh awak? Bertambahlah titik hitam di
hati saya. Jadi, baik saya sentuh babi. Ironi bukan? Babi, anjing kalut
dipersoalkan keharamannya. Sesama kita? Kita butakan mata, seolah tiada rasa
berdosa. 'Alah tak pe lah sikit je pun'. Sikit, banyak, dosa juga.
Berlapik bila tertepuk. Tapi.. Guwa masih rasa tak selesa sebab?
Itu guwa kira sudah bibit bibit yang akan menerbitkan rasa normal bila disentuh.
Harus sedar syaitan itu licik. Mula mula berlapik, lepas tu bertepuk bagai
tiada dosa. Syaitan memang bijak. Nauzubillah. Kulit ini hak milik Allah, satu.
Dua, kehormatan kulitku untuk bakal isteriku. Ketiga, guwa muak dengan dosa
begini mengotorkan hatiku sedang guwa bersusah payah untuk bermujahadah dengan
perjuangan yang jauh lebih signifikan dari isu pergaulan. Isu disentuh oleh
yang bukan muhrim perlu diselesaikan dengan kadar yang segera.
Guwa juga silap, diakui. Guwa takut menyuarakan hak diriku. Hak
untuk tidak mahu disentuh dengan murah. Ini berkenaan dengan harga diri guwa
juga. Mungkin guwa patut memberanikan diri.
“Please, stay two hundred meters away from
me”. I wish.
Pakai glove la pergi mana mana. Ini juga
mungkin cabaran, dugaan, yang susah. Susah itu sebabnya nilai syurga yang
tinggi. Haruslah guwa bertahan. Iye post ini untuk wanita wanita yang bukan
muhrim yang semenjak guwa baligh yang guwa tersentuh kulitnya. Maaf maaf maaf.
Aseef. Tak semestinya muka normal ketika tersentuh itu guwa menerima dengan
terbuka, dalam hati, Allah sahaja yang tahu bergelora dan sangat kecewa bila guwa
gagal menjaga hak kulitku sekali gus, memusnahkan batasan benteng pergaulan.
Gagallah guwa menjadi Muslim yang baik bila tersentuh dengan wanita yang bukan
muhrim dalam hari itu.
Ku harap guwa bisa berubah, ku harap guwa bisa meruntuhkan ego lelaki ini, ku harap kawan-kawan perempuan juga bisa mengerti. Dosa itu kita perlu kikis, kerna kita mengejar Syurga Allah. Di dalam nya indah belaka. Maka ku pesan pada diri ku ini, "Bermujahadahlah duhai hati, bersabarlah duhai nafsu, berkerja keras lah duhai tubuhku, agar nanti "di sana" kita tidak perlu membazirkan air mata nanah kerana ia hanyalah penyesalan yang tidak berguna.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. In Sha Allah. Syurga itu milik semua, Neraka jangan sekali di idam. Tugas kita nasihati kawan, agar sama-sama berjaya dunia akhirat. Mohon share untuk kebaikan bersama. Ameen.