Wednesday, 24 April 2013

Mari Bermujahadah, Duhai Iman. /:





Assalamualaikum WBT

Bangun sahaja dari tidur, guwa kira hati terus tedetik. Mampukah guwa jadi Muslim yang baik hari ini? Berada dalam kelompok manusia yang berlainan jantina dalam kadar yang banyak merupakan satu cabaran yang hebat. Lebih lebih lagi, sejumlah besar rakan satu batch ku 80% wanita. Belum lagi termasuk pembaca pembaca blog yang kukira juga banyak gadis gadis yang meninggalkan komen dan jejak. Jarang sekali menerima email dari lelaki.  Guwa sangat sedar akan hakikat dugaan ini.

Dunia maya itu cerita lain. Kali ini kita bercerita mengenai liku dalam pergaulan seharian. Kerap kali malu bila tergelak ketawa melebih, menerima tepukan secara tak sengaja dari wanita walau berlapik. Ini situasi yang cukup 'awkward' dan sangat tidak selesa bagi diriku kini. Kadang kadang rasa seperti tidak mahu keluar bilik, bersosial, terutama bila benda begini berulang. Susah bila ada perempuan dalam satu situasi.

Kalau dulu, senang rasa selesa, tapi kini, hati mesti bergetar kencang bila dirasakan hanya guwa seorang dikelilingi oleh kaum hawa dalam suatu situasi. Batasan pergaulan dirasakan adalah satu isu yang sangat rumit. Ada yang kata begini, ada yang kata begitu. Ini cabaran yang berat. Kadang kadang kita faham akan batasan tapi tidak pula orang yang bergaul dengan kita. Guwa cuba berkias, melahirkan mimik muka yang tidak senang tapi gerangan yang bernama wanita masih tidak faham.

Awak, sentuh saya haram. Awak bukan muhrim saya. Walau sedikit pun terkena kulitnya. Lepas disentuh yang susahnya saya tertanya tanya apa yang saya perlu buat? Serius saya rasa bersalah, sangat. Kalau disentuh babi dan anjing boleh lagi disamak. Tapi kalau sentuh awak? Bertambahlah titik hitam di hati saya. Jadi, baik saya sentuh babi. Ironi bukan? Babi, anjing kalut dipersoalkan keharamannya. Sesama kita? Kita butakan mata, seolah tiada rasa berdosa. 'Alah tak pe lah sikit je pun'. Sikit, banyak, dosa juga.






Berlapik bila tertepuk. Tapi.. Guwa masih rasa tak selesa sebab? Itu guwa kira sudah bibit bibit yang akan menerbitkan rasa normal bila disentuh. Harus sedar syaitan itu licik. Mula mula berlapik, lepas tu bertepuk bagai tiada dosa. Syaitan memang bijak. Nauzubillah. Kulit ini hak milik Allah, satu. Dua, kehormatan kulitku untuk bakal isteriku. Ketiga, guwa muak dengan dosa begini mengotorkan hatiku sedang guwa bersusah payah untuk bermujahadah dengan perjuangan yang jauh lebih signifikan dari isu pergaulan. Isu disentuh oleh yang bukan muhrim perlu diselesaikan dengan kadar yang segera. 

Guwa juga silap, diakui. Guwa takut menyuarakan hak diriku. Hak untuk tidak mahu disentuh dengan murah. Ini berkenaan dengan harga diri guwa juga. Mungkin guwa patut memberanikan diri.


“Please, stay two hundred meters away from me”. I wish.


 Pakai glove la pergi mana mana. Ini juga mungkin cabaran, dugaan, yang susah. Susah itu sebabnya nilai syurga yang tinggi. Haruslah guwa bertahan. Iye post ini untuk wanita wanita yang bukan muhrim yang semenjak guwa baligh yang guwa tersentuh kulitnya. Maaf maaf maaf. Aseef. Tak semestinya muka normal ketika tersentuh itu guwa menerima dengan terbuka, dalam hati, Allah sahaja yang tahu bergelora dan sangat kecewa bila guwa gagal menjaga hak kulitku sekali gus, memusnahkan batasan benteng pergaulan. Gagallah guwa menjadi Muslim yang baik bila tersentuh dengan wanita yang bukan muhrim dalam hari itu.





Ku harap guwa bisa berubah, ku harap guwa bisa meruntuhkan ego lelaki ini, ku harap kawan-kawan perempuan juga bisa mengerti. Dosa itu kita perlu kikis, kerna kita mengejar Syurga Allah. Di dalam nya indah belaka. Maka ku pesan pada diri ku ini, "Bermujahadahlah duhai hati, bersabarlah duhai nafsu, berkerja keras lah duhai tubuhku, agar nanti "di sana" kita tidak perlu membazirkan air mata nanah kerana ia hanyalah penyesalan yang tidak berguna. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat. In Sha Allah. Syurga itu milik semua, Neraka jangan sekali di idam. Tugas kita nasihati kawan, agar sama-sama berjaya dunia akhirat. Mohon share untuk kebaikan bersama. Ameen.



No comments: