Saturday 13 August 2011

dalam Surat Cinta ade Message Cinta


Assalamualaikum.

Kehadapan future adinda yang dikasihi. Hari ni memang saya tak ada kerja dan tiba-tiba je terlintas dalam fikiran saya untuk tuliskan surat untuk awak. Jangan awak terkejut ketika membaca surat ini, sememangnya surat ini saya tulis khas untuk awak. Saya tahu, awak tak mengenali saya. Begitu juga saya disini.Saling tak mengenali sebelum kahwin lagi sweet kan.? Saya tahu saya sweet.


Future adinda,


Saya menulis ini bukan sebab apa, tapi sebagai persediaan awal untuk awak berjumpa dengan saya. Awak jangan risau. Ketika awak berjumpa saya nanti pasti awak akan rasa teruja sebab ramai kata muka saya macam botak juvana. Meski pun saya ada rambut. Yes saya ada rambut. Setakat ni lah. Tak tahu pula apa akan terjadi pada masa akan datang.

Ehem.

Harap awak tak memilih. Bukan apa. Memilih sangat nak buat apa.? Handsome handsome, nanti kena kebas awek lain yang lagi solid dari awak. Awak nak.? Tak nak, kan.? Saya tahu. Orang botak tu setia. Sebab tu saya tak botak. Eh tak tak. Meski pun saya tak botak, saya setia tau. Awak jangan percaya diorang yang cakap saya ni gatal. Diorang tu semua dengki tu. Maklumlah, sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan saya.



Girls with their scarf are originally beautiful

Wahai future adinda, saya harap awak tak meluat kalau saya belikan awak banyak tudung. Labuh. Wait wait. Bukan saya nak paksa awak pakai tudung labuh. Tapi kat mata saya, perempuan tudung labuh ni sweet lah. Macam treasure yang belum di discover. Priceless lah kata kan.



Bila saya puji perempuan tudung labuh tu cantik, saya bukan cakap awak tak cantik. Awak cantik. Ok apa. Saya tahu perempuan suka pakai tudung segera. Suka pakai shawl. Ok apa. Bertudung jugak. Tapikan, saya tak nak lah orang lain tengok awak dengan pandangan berahi. Bukan apa. Even shawl pun, memang lah nampak ianya melabuh sampai ke bawah dada. The thing is. Depan je labuh. Kat belakang tu tergantung, sayang.



Awak mana faham lelaki ni macamana. Ni biar saya bagitahu awak. Lelaki bila dapat tengok part badan perempuan kat mana mana pun boleh terliur, tahu.? Nak nak kat belakang badan perempuan area pinggang sampai leher tu. Bila perempuan pakai shawl, komform komform nampak area tu. Kadang kadang saya tengok ada yang pakai shawl sampai nampak leher pun ada. Kalau tang tudung segera tu tak payah cakaplah. Memang sah sah pendek.


Tak tahu lah saya, kalau orang yang pakai shawl sampai nampak leher tu saja nak menunjuk or apa. Maklumlah, perempuan kan suka pujian, kan.? Lagi pendek shawl, makin orang puji comel, kan.? Saya tahu, ramai perempuan lagi pentingkan pujian dari tuntutan Allah. Eh saya tak cakap awak tau. Saya cakap yang antara kaum awak je. Awak baik. Tudung awak selalu tutup depan dan belakang. Kan.? Saya tahu awak mana main tudung pendek pendek ni.
 

Future adinda tersayang,


Wahai future adinda, saya nak awak tahu. Saya ni tak minat jadah korea. Bukan nya tak minat, maksud saya saya terus ban. Tak.. tak.. ehem. Saya still boleh lepak dengan diorang (girls mostly) yang minat korea. Cuma kalau boleh, lepas kahwin nanti, saya taknak lah awak pasang lagu korea or letak gambar artis korea banyak banyak dalam rumah.



Bukan apa. Saya tengok, ramai gila perempuan finatik artis korea. Sampai facebook pun gambar artis korea. Ada apa sangat dengan lelaki korea.? Muka jambu.? Eh. Lelaki Malaysia pun muka jambu apa. Diorang romantik.? Eh. Lelaki Malaysia pun romantik jugak lah. Cuma kaum perempuan je tak perasan. Bila dah dapat lelaki Malaysia yang romantik, dikatanya, "Eww. Mat bunga. Eww. (again)".



Saya tahu awak tak minat mamat ni

Eh. Awak tak. Awak mana ada letak mana mana muka artis korea kat dalam lappy. Apatah lagi kat bilik. Setakat ni facebook pun, awak tak ada kan.? Saya tahu. Orang macam awak mana suka bersosial. Bagus. Saya suka. Barulah priceless. Bila tak ada facebook, mesti tak ramai lelaki nak mengurat awak, kan.? Saya tahu awak tak pandai It. Saya suka part yang tu. *smiley face*



Awak, kalau boleh, saya harap awak tak kisah kalau saya totally tak ingat birthday awak. Saya pernah dengar perbualan dua perempuan yang cakap lelaki akan ingat birthday perempuan yang dia suka. maksudnya, bila jadi first wisher bermaksud lelaki tu sayang perempuan tu.? Habis tu, benda lain yang dibuat tu, tak ada makna lah, ya.? Kalau macam tu, sia-sia lah saya belikan handyplass masa jari awak terkena paper cut. *sad face*


 
Setakat ni, saya belum pernah saya lupa birthday saya. So, tak mustahil untuk saya ingat birthday awak juga. Oh ya. Cakap pasal birthday ni, kaum awak mesti selalu tertanya tanya nak belikan bf dia hadiah apa, kan.? Awak jangan risau. Saya tak cerewet. Awak belikan je saya kain pelekat. Tak pun kopiah. (Teringin nak orang hadiahkan kopiah sebenarnya). Saya tak cerewet, kan.?



Pasal tak pandai masak awak jangan risau

Saya tak nak sentuh bab awak tak pandai masak. Sebab saya tahu, mesti awak nak mempertikaikan pasal kalau sayang, tak kisah pandai masak or tak. Kan boleh makan kat luar. Saya tahu awak akan cakap macam tu. Kalau macam tu baik saya kahwin dengan tukang masak kat luar tu. Ye tak.? Tak pun susah susah sangat tak nak makan luar, baik saya upah bibik comel dari korea. Ok kan.? Teman berbual pun awak ada. Baik kan, saya. Awak pun boleh duduk relax goyang kaki kat rumah.



Satu lagi yang saya mintak. Please please please and please jangan tanya banyak kali saya sayang awak or tak. Awak pun tahu jawapannya. And please jangan suruh saya sayang awak seorang sahaja. And jangan larang saya panggil perempuan lain dengan perkataan 'sayang'. Saya tak boleh janjikan semua tu. Sebab saya still akan sayang kat perempuan lain. Still akan panggil perempuan lain sayang. And perempuan tu adalah insan yang akan panggil awak ummi.


Future adinda yang comel,


Kat sini saya bukan nak kongkong awak or apa. Buat tu salah buat ni salah. Saya Cuma bagi tahu persediaan awal je. Jangan lah awak merasa bengang ketika membaca warkah ini. Niat awak nak baca je warkah ni dah kira saya sayang awak. Yes. Saya ambil berat pasal awak.



So, tak ada lah awak tak pandai masak, merajuk kalau saya lupa birthday awak, tepek muka artis korea banyak banyak dalam rumah or dalam lappy, awak nampak sexy meskipun awak bertudung, and yang paling penting, awak kena tahu. Comel mana pun muka awak, saya tetap sayang awak. Dan yang paling penting, saya nak bagi tahu awak yang saya sayang awak kerana ALLAH. And kalau awak dah pandai IT, saya mintak tolong satu benda. Tolong lah jangan baca blog saya. Sebab nanti awak akan cop saya 'gatal'. Walaupun saya setia orangnya.



Ikhlas dari tulisan penaku,
amien isa.

5 comments:

Nadhirah Afiqah said...

great for ur future wife .
:)

syabab said...

for future wife or girlfriend..hehe

mia najwa said...

i learn smthng here..

sFFz_iEya said...

amien..like it =)

red gitarputeh said...

ehem.