Alkisah Cikgu Ibrahim.
Cikgu Ibrahim mengajar di sebuah sekolah rendah. Di depan
kelas darjah 4 pada hari pertama persekolahan, beliau memberitahu para pelajar
satu pembohongan.
Seperti guru-guru yang lain, Cikgu Ibrahim memberitahu para
pelajarnya bahawa beliau sayang mereka secara setara. Tapi mustahil, kerana di
depan kelasnya ada seorang pelajar lelaki bernama Jimmy yang tidak bermaya dan
lemah semangat.
Cikgu Ibrahim telah memperhatikan Jimmy sejak tahun lepas.
Dia ini tak bergaul dengan rakan-rakan sekolah dan suka menyendiri. Pakaiannya
dan rambutnya tidak terurus. Nampak comot dan kurang bersih. Cikgu Ibrahim
tidak suka kepadanya.
Cikgu Ibrahim tidak berniat nak mengajar Jimmy. Kerja
rumahnya yang teruk dipangkah “X” dengan besar-besar tanpa diajar. Peperiksaan
bila Jimmy gagal, Cikgu Ibrahim sudi menulis dengan pen warna merah.
Kadang-kala terasa juga nak tulis “Padan Muka!” di atas kertas tersebut.
Tiba masa untuk menulis rekod pelajar pertengahan tahun.
Cikgu Ibrahim meninggalkan buku rekod Jimmy di bahagian terakhir. Menyampah nak
baca dan tulis untuk pelajar yang malas, tak bermaya, tak terurus dan
dibencinya ini.
Cikgu Ibrahim menyiapkan laporan untuk pelajar-pelajar yang
lain dahulu. Akhirnya tiba giliran buku rekod Jimmy.
Mahu tidak mahu, Cikgu Ibrahim terpaksa membaca rekod Jimmy
sejak Darjah 1 sehinggalah sekarang sebelum mencatat prestasi Jimmy berdasarkan
pengamatan beliau.
Darjah 1, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat pintar dan kemas kerjanya.
Senyumannya begitu bersemangat sehinggakan seluruh kelas mencontohi tingkahlaku
beliau. Beliau mendapat tempat nombor 1 di sekolah dan aktif dalam sukan.”
Darjah 2, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat disukai semua guru dan
rakan-rakan sekolah. Jimmy masih mengekalkan keputusan cemerlangnya meskipun
bapanya terkena penyakit kronik dan ibunya terpaksa sara keluarga. Kehidupan di
rumahnya tentu mencabar.”
Darjah 3, cikgu Jimmy menulis:
“Bapa Jimmy meninggal. Jimmy cuba sedaya untuk fokus tapi
ibunya kerana terpaksa sara keluarga terus mengabaikannya. Bantuan mesti
diberikan jika tidak kehidupan keluarga akan ada negatif impak pada Jimmy.
Keputusan Jimmy dah mula merundum dan lebih menyendiri. Jimmy dah mula tak buat
kerja rumah dan tidur di dalam kelas.”
Setelah membaca ketiga-tiga laporan itu, Cikgu Ibrahim berasa
bersalah mempunyai sangka buruk pada Jimmy sejak awal. Beliau sebak seketika
dan tidak menulis laporan dalam buku rekod Jimmy.
***********************
Rupa-rupanya Jimmy jadi begitu ada kisahnya – Cikgu Ibrahim
berasa malu.
Pada sambutan Hari Guru, Cikgu Ibrahim menerima hadiah
daripada semua pelajar dalam kelasnya termasuk dari Jimmy. Semua hadiah
dibungkus dengan cantik kecuali hadiah Jimmy yang hanya dibalut dengan kertas
kuning comot.
Cikgu Ibrahim memilih untuk membuka hadiah Jimmy dulu di
depan kelas. Rakan-rakan sekelasnya ketawa hadiah comot yang dihadiah oleh
Jimmy. Dalamnya ada satu cincin dan sekotak bedak usang.
Cikgu Ibrahim menyuruh kelasnya diam. Beliau memakai cincin
tersebut dan meletakkan sedikit bedak di lehernya.
Jimmy tersenyum tapi tidak berkata apa-apa. Ini pertama kali
Cikgu Ibrahim melihat Jimmy tersenym.
Selepas habis sekolah, Cikgu Ibrahim terserempak Jimmy yang
menunggu di tepi keretanya seorang diri.
“Apa hal Jimmy?”
“Tak ada apa. Cuma nak beritahu, Cikgu hari ini bau dan
nampak seperti bapa saya. Terima kasih,” kata Jimmy sebelum beredar.
Masya-Allah. Mata Cikgu Ibrahim menjadi merah.
****************
Mulai hari itu, Jimmy menjadi pelajar yang diberi perhatian
khusus oleh Cikgu Ibrahim. Cikgu Ibrahim berhenti mengajar matematik, menulis
dan membaca. Beliau kini mula mendidik para pelajarnya sebagai seorang ibubapa.
Hubungan Cikgu Ibrahim dengan Jimmy bertambah baik. Jimmy
memberikan perhatian dalam kelas dan setiap kata Cikgu Ibrahim. Pada akhir
tahun, Jimmy kembali mendapat nombor 1 di dalam sekolah.
Pada akhir tahun darjah 4, Jimmy meninggalkan sekeping nota
di kereta Cikgu Ibrahim.
“Cikgu adalah cikgu terbaik di dalam hidup saya. Dalam
pepatah Cina, satu hari sebagai cikgu saya ialah sama dengan seumur hidup
menjadi bapa saya. Saya sayang cikgu. Terima kasih kerana memakai bedak dan
cincin bapa saya. Akhirnya, saya jumpa bapa saya kembali ke sisi saya.”
Cikgu Ibrahim sekali lagi menitis air mata.
Semenjak itu, Cikgu Ibrahim dan Jimmy menjadi sangat rapat
sehinggalah ke sekolah menengah yang hanya di depan sekolah rendah. Setiap kali
Jimmy mendapat keputusan cemerlang, Jimmy akan mengirimkan nota, “Cikgu masih
cikgu terbaik dalam hidup saya. Tanpa cikgu, takkan ada Jimmy hari ini.”
Sebelum Jimmy ke Universiti di sebelah selatan, Cikgu Ibrahim
mengajak Jimmy berjumpa untuk memberikan sedikit duit sebagai bekalan.
“Cikgu harap hubungan ini berterusan sampai akhir hayat,”
kata Cikgu Ibrahim.
Jimmy berfikir sejenak…
“Apa kata cikgu jadi ayah angkat saya? Macam ini, pasti
takkan putus hubungan,” kata Jimmy.
“Cikgu dah lama anggap Jimmy sebagai anak. Cuma Jimmy tak
panggil ayah saja lagi,” jawab Cikgu Ibrahim.
Jimmy terus memeluk Cikgu Ibrahim, “Ayah. Saya dah lama nak
panggil ayah. Sejak bapa tiada, anakanda dah lama anggap cikgu sebagai ayah.
Kalau bukan ayah masih percayakan anakanda darjah 4 dulu, anakanda dah tak tahu
hanyut ke mana.”
“Terima kasih anakanda. Ayah yang patut ucap terima kasih.
Ayah selama ini tak tahu mendidik sehinggalah ayah terjumpa anakanda darjah 4
lalu,” jawab Cikgu Ibrahim.
Selamat Hari Guru.
Senyum.
Jangan baca saja jika suka. Sharelah juga ya. (:
1 comment:
sedihh (T.T) ~~ hebat aser dapat habiskan baca entry sepanjang ini .. ~
Post a Comment