“Sayang,
Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,”
Aliyah
yang sedang melipat kain,terdiam seketika.Mungkin terkedu. Adakah
pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak Adakah dialog
tadi hanya dilafazkan didalam TV.Tapi, ahh bukanlah.. TV sedang menayangkan
iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas
panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin,suaminya kemudian
tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas
menuju ke dapur.
Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya.
Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

“Kau
mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,”
sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan
dengan Aliyah.
”
Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan.
Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih
terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir
ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh,
cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan
bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.
Aduhai,
penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan
wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia
tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik
tetapi ahh hatinya kini sedang menggilai wanita yang jauh lebih muda.
“Bawa
dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik
benar permintaan isterinya.
Hendak
dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda
setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang
bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.
Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah
jawabnya. Melayanglah periuk belanga.
Eh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

“Apa,
nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna
hitam. “Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
“Biar
betul, apa dia nak buat dengan Qis?”
“Takutlah
Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
“Percayalah
Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,”
Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya?
Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri
kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati
kecil Qistina.
Hari
ini genap seminggu Qistina bercuti. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba
untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka
sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa
dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh
Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik.
Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu.
Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit
tit… sms menjengah masuk ke inbox hensetnya.
“Qis
minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat
kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,”
Dibawah
hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada:
Asraf
Mukmin,
Suami
yang tersayang…
Asraf
Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4
itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Salam
sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak
langkahmu.
Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.
Di
sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1.
Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah
tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi
Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana
menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk
dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah
sayangkan Abg…
2.
Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western
food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk
kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah.
Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran
western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu anak-anak
kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-
anak kita. Aliyah sayangkan Abg…
3.
Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta
dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir,
jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak- anak Abg nanti untuk
menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut
memakai telekung… Aliyah sayangkan Abg….
Abg
yang disayangi,
Cukuplah
rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah Tak terdaya. Abg
lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat
penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah
mengenalinya.
Abg
yang dicintai,
Di
dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami.Telah siap Aliyah tandatangan.
Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat Abg di Masjid
Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah
kepada Qistina. Oh ya,lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu
Abg… Aliyah sayangkan Abg…. Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup
hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan
Aliyah… Aliyah sayangkan Abg. Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri
yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan
kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah.
Salam
sayang,
Aliyah
Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya
pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama
hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat
Aliyah isterinya!
MORAL
OF THE STORY :
Bersyukurlah
dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.. You
would only appreciate things when you lost it.
“Bukan
senang nak jadi senang, & bukan susah nak jadi susah…”
Jangan
pandang pada paras rupa seseorang tapi nilai pada KEJUJURAN, KEIKHLASAN, &
KESETIAAN HATINYA. Paras rupa tidak membawa kepada KEBAHAGIAAN
KELUARGA.Terserah pada anda untuk menilai seseorang… .
Senyum (:
“TEPUK
DADA, TANYA IMAN…”
No comments:
Post a Comment